20090820

H1N1

Salam untuk semua....

Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis dan menitip berita di sini...masa yang terlalu terhad di pejabat. Bebanan kerja yang terlalu banyak di ofis, menyebabkan kesihatan agak terganggu beberapa minggu ini. Di samping emosi sedikit terganggu dengan berita penularan penyakit merbahaya H1N1 di Malaysia. Setiap hari berita kematian semakin meningkat akibat penyakit tersebut merisaukan aku dan keluarga. Bila terasa simptom-simptom penyakit tersebut aku dan hubby cepat-cepat akan ke klinik untuk membuat pemeriksaan lengkap...penyakit merbahaya ini benar-benar merisaukan kami...setakat ini sudah 67 kematian dan setakat hari ini tiada lagi kematian dilaporkan sedikit sebanyak melegakan warga Malaysia...alhamdulillah!!!

Berbagai-bagai tips yang aku dapat dari sahabat handai melalui e-mail untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini...antaranya banyak makan epal hijau, minum air kelapa, minum air fresh orange and the very valuable informataion that I got from our panel doctor is our body must have very good antibody and take more vitamins for our body protection...

Cara jangkitan penyakit ini menyebabkan ia begitu cepat menular disebabkan penyakit ini boleh berjangkit melalui udara...ini benar-benar merisaukan!!! Penyakit ini boleh berjangkit melalui titisan (Batuk dan selsema) jika pesakit tidak menutup mulut, melalui sentuhan (kebersihan begitu penting dalam amalan kehidupan kita). Oleh yang demikian aku menerapkan dan sentiasa memberikan pesanan kepada anak-anak ku untuk menjaga kebersihan mereka. Ini kerana antara mereka yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur bawah 5tahun (Hfiy baru sahaja berumur 2 1/2 tahun), warga tua yang berumur 65tahun ke atas, mereka yang berpenyakit kronik (seperti mengidapi sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan HIV) dan mereka yang berumur 18tahun ke atas yang mengambil perskipsi ubat dalam jangka masa yang panjang.

Oleh yang demikian mari lah kita sama-sama berdoa agar penularan penyakit ini dapat dihentikan di samping vaksin untuk mengubati penyakit ini dapat ditemui dan dibekalkan sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia agar mampu untuk menangani masalah ini...AMIN!!!