20131230

Hai

 Assalammualaikum


dah kurang post kat blog umi nih
entah apa yang busy sangat pun tak tau lah
banyak gambar nak post tapi, belum sempat lagi nak upload
nanti lah ek
kita dahulukan apa yang penting 
rezeki yang lebih penting jadi semestinya dahulukan kerja ye
bila ada masa nanti umi akan meriahkan blog ni balik
akhir tahun dan awal tahun yang kritikal
banyak perkara yang perlu diuruskan
hal kerja hal keluarga
persekolahan anak2,,,
dalam pada sibuk dengan kerja 
mesti mengutamakan anak2
tiada yang lebih penting dari keluarga
ALLAH mengurniakan umi ketenangan
alhamdulillah rasa tenang untuk melalui segala cabaran
sekarang ni macam dah tak kisah
buatlah apa pun,,, rezeki ALLAH yang beri
yang penting lunaskan tanggungjawab sendiri sebagai hamba ALLAH
pasal orang lain???
biar lah kat dorang 
walau apa pun umi sentiasa doakan yang terbaik untuk 
suami, anak2, keluarga, saudara mara, sahabat handai 
dan semua hamba ALLAH dimuka bumi ini
semoga dipermudahkan segala urusan
teruskan berdoa, berzikir






20131227

Salam Jumaat

Assalammualaikum,

mula2 rasa macam tak de kerja
tapi, bila dah dapat dokumen
pastu dah print report
alolololo
banyak kerja rupanya
hari ni due date nak hantar evaluation form 
next week...next month...
arggghhhh
tak mo fikir yang lain2
kita fikir clearkan kerja untuk hari ni
chaiyok3
umi doa yang terbaik untuk semua
semoga dipermudahkan segala urusan
teruskan berzikir
jom!!!



20131226

Cuti Semalam

Assalammualaikum,

semalam cuti krismas
seharian dok rumah
malam baru keluar amik angin
best3
pagi walid buat breakfast
yay!!!
paksa walid masak mee goreng basah
umi kalau mee ni fail
dah try banyak kali masih tak menjadi
jadinya serahkan pada yang pakar
lepas breakfast terus masak untuk tengahari
dah dok dapur terus je lah
nanti malas lak nak masuk dapur balik
layan masak sensorang
en suami melayan anak2 tengok tv
alolololo
umi masak gulai ikan talapia
jiran yang bagi ikan tu dari Sungai Lenggeng
again masak lemak umi tak berapa terror
tapi, bila dah terpaksa masak kita belasah kan je lah ye
masak lemak kan tak leh pecah minyak
itu yang umi susah nak buat tu 
sebab bukan seorang yang penyabar
ada orang masak gulai terus rebus je dengan santan yang cair
kalau umi, umi suka tumis kan dulu bahan2 
sampai naik bau suka bau bahan2 tumisan ni
pastu barulah masuk kan santan cair dan masukkan ikan
biar sampai ikan tu masak barulah masukkan santan pekat
bila dah masuk santan pekat silalah duduk mengadap periuk tu ye
tak boleh buat benda lain
kacau dengan api yang perlahan
mengajar umi jadi seorang yang sangat2 penyabar
jangan lupa asam keping dan serai
dan yang mencabar ikan talapia nih
isi dia sangat2 lembut takut nak kacau lebih2
takut ikan tu hancur
tapi, yang pasti semalam adalah masakan gulai umi yang berjaya
hehehe jangan perasan boleh tak???
en suami tak puji pun hmmmm pujilah diri sendiri
tapi, tengok anak2 dan en suami makan bertambah nasi
teruslah i terperasan yang i masak sedap
huhuhuhu



20131224

Hujan

Assalammualaikum,

pagi2 dah hujan...alhamdulillah
hari ni Hfiy bangun awal
tak perlu gerak
umi habis solat tiba2 dia dah peluk umi
"good boy"
jadi sampai opis pun awal
kerja banyak tapi, macam slow je buat kerja
tiba2 teringat "eh!!!  esok cuti"
jadi seharusnya kena siapkan kerja
supaya thursday nanti boleh buat kerja lain
sebab dok memikirkan awal bulan yang pack nanti
dengan anak2 masuk sekolah
dengan kerja2 umi di awal bulan kan memang semestinya busy
jadi dari sekarang dah perlu prepare
tak nak nanti kelam kabut
umi ni yang sentiasa risau
entah bila tak risau pun tak tau lah



20131223

Minggu Baru

Assalammualaikum,

dah masuk minggu baru
minggu terakhir cuti sekolah
alhamdulillah kelengkapan anak2 dah cukup
semalam dah beli jubah sekolah untuk Aisy
Hfiy tunggu naik darjah 2 baru beli jubah

hari ni sememangnya sangat2 sibuk 
tiba2 kerja jadi banyak
Wednesday cuti lak
jadi,,, masa yang sangat terhad
perlu manage masa dengan baik
dan perlu siapkan kerja hari ni 
tak boleh tunda dan tak boleh tunggu
yang penting tak boleh tergopoh gapah
tak suka buat kerja dua kali
elok buat kerja sekali dengan betul
walaupun banyak kerja,,, perlu buat dengan teliti
jadi seharusnya jangan kelam kabut
dan bertenang selalu

semoga hari ni menjadi hari yang terbaik untuk semua
dipermudah segala urusan
dan teruskan berzikir
insyaallah




20131221

Selamat Pagi

Assalammualaikum,

happy weekend
apa aktiviti anda hujung minggu ni???
cuti2 Malaysia? kenduri? kerja? lepak2 kat rumah? balik kampung?
walau apa pun yang anda buat 
semoga segalanya dipermudahkan
segalanya diberkati oleh ALLAH
basahkan lidah dengan zikrullah
amin!!!


HAPPY HOLIDAY!!!
semoga hujung minggu anda seceria roses di atas
colourful and cheerful



20131220

Hujan

Assalammualaikum,

hujan lebat sangat2
best3...suka3...
tadi belum pukul 11am dah keluar tapau nasi
tengok langit dah gelap shushu cepat2 ajak keluar
nanti kalau hujan tak boleh keluar dah
ye lah kita orang keluar berjalan kaki je
kempen 10000langkah setiap hari
semangat!!!

and now still hujan masih lebat
mungkin tak tau sampai petang ke akan hujan
tapi, best rasa sejuk je
kalau hari2 hujan pun best gak 
hari2 rasa sejuk
nyaman je




Breakfast

Assalammualaikum,

selamat pagi kawan2...alhamdulillah syukur,,, dah dua hari breakfast secara normal macam orang lain...tak perlu amik nasi lagi dah pagi2 buta...dah jadi macam manusia peliks je...tapi, perut ni tak boleh puji sangat2 nanti dia perangai lagi...hari tu dah ok pastu cakap kat walid "perut umi dah ok"...selang beberapa hari buat hal balik...tak pasal2 kena bahan dengan walid...huhuhu...jadi sila jangan berlagak lagi...


jemput makan kengkawan...makan mee goreng jek...cuti sekolah ni umi macam dah jadi pemalas...tak pernah buat breakfast...kat rumah buat air...makan biskut kering / roti...then, singgah gerai akak yang kita orang biasa beli breakfast nih...beli lah apa2 yang anak2 nak...nasi lemak or kuih2...selang seli setiap hari...Aisy tak suka breakfast kat Taska sebab makan biskut n air je...tak kenyang kot...macam Hfiy dia tak kisah...biskut pun dia belasah...umi n walid pulak ikut mood kengkadang beli...kengkadang tak...

salam hari Jumaat...semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH...terus-terusan mengingati ALLAH...jom zikir!!!  



20131219

UAI

 Assalammualaikum,

finally, belum mula tiba-tiba dah finally
last Sunday kita orang pergi ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus
setelah undian dibuat dan semua bersetuju untuk ke Masjid Negeri, Shah Alam
tahniah kerana berjaya menghadiri majlis ilmu
semangat menggunung nak keluar awal
tapi, biasalah perut I macam ada baby
tak boleh lapar
seharusnya makan nasi dulu sebelum pergi
kalau perut meragam nanti cam ne???

sampai kat masjid betul2 nak masuk azan Maghrib dah
kalau nak ke ceramah UAI mesti kena datang awal
kalau dah masuk Maghrib jawabnya silalah duduk dibarisan belakang sekali
dengan susah nak cari parking lagi
tapi, dengan berkat kesabaran dan niat yang baik
ALLAH permudahkan segalanya
alhamdulillah

tengok ramai ke tak ramai???





tengok berapa banyak screen ada?
memang banyak lah,,, kat dewan solat utama
kat dewan solat bawah
rasanya ada dalam 5skrin besar dan tak taulah berapa banyak tv
memang ramai sangat
tapi, audio tak berapa baik
jadi kena kosentrate betul2 baru dapat dengar 
kalau ada budak2 yang bising macam nak "Hep!!!" je
tapi, teringat lak tak baik marah budak2
kat masjid lak tu
terus senyum dan tak jadi marah
tapi, buat mata macam buntang2 sikit
boleh ke umi buntangkan mata???

walau apa pun sentiasalah dahaga kan ilmu
sentiasalah cari peluang untuk menghadiri majlis ilmu
kalau tak sempat carilah kat dalam youtube
biar kita menguasai teknologi 
jangan kita dikuasai oleh teknologi
teknologi digunakan untuk mencari ilmu
cari akhirat pasti dunia akan mengejar kita
insyaallah




Kenduri Kahwin

Assalammualaikum,

time cuti sekolah ni masing2 ambil peluang 
untuk buat kenduri kahwin
kekadang umi tak faham 
kenapa dorang nak buat time cuti sekolah
berebut2 nak buat kenduri 
tak de ke weekend yang lain???
kalau kenduri berkhatan tu ada gak lah logiknya
ini kenduri kahwin

cuba2 lah tanya kat mak masing2
berapa banyak jemputan kenduri kahwin setiap minggu?
kalau mak umi dalam 8jemputan,,, 
hurm
cam ne nak pegi tu???  tak terlayan gamaknya
kalau seminggu satu kenduri boleh gak lah
kalau dah sampai 7 ~ 8jemputan???

hari sabtu ni kenduri kahwin anak saudara umi
kakak umi tak buat besar pun jemputan pun tak ramai
anak lelaki
kalau arwah nenek dulu,,, jangan dia dengar anak dia cakap
"anak lelaki, buat kenduri kecik je"
mesti arwah nenek akan cakap "anak lelaki bukan anak ke?"
hurm
bagi umi kenduri besar ke kecik ke yang penting niat kita
kalau nak buat besar sebab nak menunjuk2 
renti kan lah
kita buat kenduri kan nak meraikan 
disamping mewar-warkan yang anak kita dah selamat diijabkabulkan
agar tak timbulkan fitnah
besar atau kecik bergantung kepada kemampuan masing2
kalau budget besar buatlah besar kalau budget kecik buat je kecil2an

lainlah kalau kita ni artis kan???
ada sponsor
macam cik ta tu (nak juga sebut nama dia)
jadi wedding of the year
lip lap lip lap baju dia kau ada???

walau apa pun doakan lah yang terbaik untuk semua
especially kepada pengantin2 baru
yang baru mendirikan masjid
agar mereka berjaya untuk menempuh alam rumahtangga
diberi kebahagiaan dunia dan akhirat
amin!!!




Konsistent

Assalammualaikum,

konsistent macam ke laut sikit

kerja : macam banyak kerja 
dari Monday to Wednesday buat kerja tak berhenti
setiap pagi sebelum keluar rumah 
dalam otak ni dah keluar peta minda kerja2 yang perlu disiapkan
sangat bersemangat setiap hari macam tak duduk diam
dari pagi sampai petang memang efficient buat kerja
hari ni lambat sikit start engine
datang opis internet connection macam slow
lepas tu pergi lak berbual dengan shushu sementara off kan line internet
bila dah berbual kerja pun mula lewat
lepas tu dah tak tau nak buat kerja apa
boleh tak macam tu???
padahal kerja melambak sangat2
dengan staf evaluation form tak settle lagi
PIR awal bulan January lak tu kena prepare slide (for both)
tapi, hari ni boleh lak berfoya2 
blog walking lah, fb lah
kena fokus...fokus...fokus
back on the track

perasaan : memang tak pernah konsistent
sayang pada en suami dan anak2 tak boleh dipertikaikan lah
setiap hari menggunung tinggi
perasaan marah ~ masih boleh dikawal
perasaan stress ~ sikit2 lah malas nak layan
perasaan tak puashati ~ memang selalu tak puashati 
tapi, perlu dipujuk dengan zikrullah
perasaan negatif tu semua kan gangguan syaitan
kalau nak fikirkan pasal tak puashati 
memang setiap perkara kita tidak akan rasa puas
ada je yang tak kena ada je yang tak betul
diri sendiri yang tak kena pun kita tak perasan
perasan sebenarnya
tapi, tak nak mengaku kekurangan diri
lepas tu cari lah kekurangan orang lain
hmmmmm

lagi apa yang tak konsistent?
sekejap rasa sekejap tak rasa?
sekejap ada sekejap tak da?
hurm






Gangguan

Assalammualaikum,

ada sorang opismate ni selalu mengadu pasal anak dia
setiap malam anak dia tak boleh tidur
tidur lewat dan kengkadang dah tidur terjaga
lepas tu buat mengarut2
contohnya macam dia halau opismate umi or wife dia
suruh tidur tempat lain
itu satu hal
kengkadang tu dia suruh on tv lah
or dia nak main malam2 buta lah
sapa nak layan kan?
mak pak kerja mestilah penat
malam need rehat nak kena melayan anak yang tak nak tidur pulak
selalu lah opismate umi nih mc kengkadang AL bergilir2 dengan wife dia
opismate umi kata kat area umah dia nih macam mistik sikit lah
sebab ada orang bunuh diri lah ada orang buang baby lah
so mungkin benda2 yang mistik ni anak dia boleh nampak
anak dia pun kecik lagi dalam 2tahun kot umur dia
pastu anak dia kalau macam bawa dia pergi makan
ada sesetengah tempat tu dia tak nak turun 
dia geleng2 kepala 
kalau opismate umi ni paksa gak anak dia makan kat tempat tu
nanti time makan dia akan duduk diam dan tunduk je
mungkin sebab dia belum pandai bercakap kot
jadi umi suggest kat dia baca lah surah Yassin
or pasang lah audio bacaan Al-Quran
kita tak tau apa yang mengganggu budak kecik
tak pandai bercakap lak tu

macam Hfiy dulu lah masa dia umur 2tahun cam tu
masa tu masih duduk rumah mak lagi
kat rumah mak kita orang selalu keluar malam 
ada satu malam tu masa nak masuk rumah mak
tiba2 je Hfiy cakap "Mi, nenek buat apa kat situ?"
dia tunjuk kat satu tempat tu
bila kita orang tengok tak de apa pun?
"mi, nenek lah mi"
"hish!!!  dah lah, jom kita masuk rumah"
esok tu dia demam
dan kalau bawa dia makan kat kedai makan
ada sekali tu dia tak nak turun
kita orang ajak makan kat kedai makan tu dia tak nak
tapi, dia tak cakap pulak kenapa dia tak nak
dan ada sekali kat kampung dia tengah duduk lepak2 dengan ayah dia kat luar
duduk kat atas motor tokyah dia tiba2 je dia cakap dengan ayah dia
"yah, apa tu yah?" dia tunjuk kat satu tempat
"apa benda...? tak de apa lah"
bila walid cerita kat cik abg ipar yang Hfiy boleh nampak benda2 mistik ni
dia pun dah cuak dah
entah apa lah yang dia nampak
tapi, dia tak pernah lah describe apa benda nya
cuma dia akan cakap nenek
ada nenek datang taska dia lah
masa tu ada budak kena histeria (budak kecik boleh panggil histeria ke?)
tapi, budak kecik tu macam kena ganggu lah
tiba2 dia diam dan tengok syiling je
masa tu Hfiy kata ada nenek datang
tapi, sekarang nih kalau tanya Hfiy ada nampak tak benda2 macam tu lagi?
dia kata takde dah
alhamdulillah
kalau still ada sampai besar
macam horror gak kan?
tapi, masa dia kecik dia relaks je kalau nampak sesuatu tu
dia just tanya je
kita pulak yang tercuak lebih
ngeeee




Lunch

Assalammualaikum,

setiap hari umi akan keluar tapau nasi untuk lunch pukul 11am
mana ada company yang suka suki keluar tak tentu masa???
ada lah kot kan???  yang bekerja sendiri tentu masa lebih flexible
nak citer pasal makcik yang kita selalu beli lunch nih
makcik yang berniaga nasi campur ni dulu dia sewa kedai
bila tuan kedai ni jual kedai makan dia kat orang lain
makcik ni pun berniaga dekat dengan area opis umi nih
makcik tu buka meja pasang payung je
berniaga suami isteri
pakcik ni dah pencen takde apa nak buat
tu yang berniaga,,, dorang buka gerai dalam pukul 10.30am
lauk macam2 lah yang bestnya ikan kembung, ikan patin, ikan keli
tu je lah pun setiap hari
kalau ikan kembung setiap hari masak kicap, sambal dan tempoyak
ayam goreng, ayam sambal, ayam rendang 
dan daging satu jenis je
setiap hari bertukar 
rendang daging, kurma daging, kari daging dan daging masak kicap
sayur lak setiap hari ada 3jenis dan setiap hari sayur yang berbeza
kita orang memang akan keluar awal
kena pastikan keluar sebelum pukul 12pm
kalau keluar selepas pukul 12pm
melopong lah jawabnya samada lauk semua dah habis
atau gerai pun dah tutup
memang ramai orang beli kat makcik ni
sedap???  boleh lah daripada tak de 
dan masakan makcik ni masakan kampung
masak yang ala-ala macam mak kita masak kat rumah
dan yang buat orang berebut2 nak beli kat makcik ni
sebab murah
murah sangat2
kat tempat anda semua kalau amik nasi, sejenis lauk (ikan / daging / ayam) dan sayur berapa ringgit???
kat makcik ni RM4 sahaja
nasi tambah pun tak pernah charge
umi selalu amik nasi separuh, lauk dan sayur (sayur letak banyak) makcik ni charge RM3.50 sahaja
walid pun macam pelik2 mana makcik ni beli ikan
boleh jual harga yang murah sangat
ikan kembung dia besar, gemuks2 bukan yang kecik2 tu
memang berbaloi2
umi sekali sekala ada gak bungkus lauk2 untuk makan malam
kalau beli asing mahal sikit lah ikan / ayam 1pc RM2.40
tapi, masih ok lagi lah
biasanya akan beli 3ekor ikan boleh makan satu family kita orang
balik rumah masak nasi kalau rajin goreng sayur
selesai makan malam
sebab tu lah ramai orang beli kat makcik ni
murah dan sedap
orang prefer sebab murah kot
kalau mahal dan sedap pun orang beli gak
tapi, kalau mahal dan tak sedap boleh blah
harap2 makcik ni terus sihat
jadi dapatlah kita orang setiap hari beli kat makcik ni
walaupun bila dah setiap hari makan tempat yang sama
macam dah tak berapa nak lalu
layan kan aje yang penting perut umi tak lapar
untuk kesihatan itu yang penting


20131218

Cuaca

Assalammualaikum,

cuaca dah mula panas
alhamdulillah
maknanya kengkawan di pantai timur 
dah boleh menarik nafas lega
no more banjir!!!
:)
tapi, semalam berbual dengan sorang pilot ni
kemungkinan banjir akan datang lagi
ye ke???  
kesian kawan2 yang berada di sana
harap2 tak de lah banjir lagi
kalau banjir sekali pun berharap agar mereka 
telah pun bersedia menghadapinya
hanya mampu memohon pada ALLAH
agar dilindungi dari sebarang bencana
amin!!!

sebelum ni kalau tengahari panas
petang dah start mendung
hujan tak mengira waktu
pagi, tengahari, petang dan malam
kalau nak ke mana2 tak boleh plan
kalau plan nak keluar tengahari
tiba2 lak hujan
jadi kalau kata nak keluar
keluar je
kalau tunggu,,, hurm tak keluar lah jawabnya

now dah start panas
panas terik gak
sekejap je perubahan cuaca
walau apa pun cuaca
yang ALLAH dah tentukan
kita perlu menghadapinya
kalau hujan fikir macamana nak bagi baju kering
kalau panas fikir macamana nak dapatkan suasana yang sejuk
kena adapt cepat
kalau tak
tu yang asyik mengeluh je tu





Selamat Pagi

Assalammualaikum,


umi doa yang terbaik untuk semua
jom mulakan hari dengan kesyukuran
dengan senyuman
dengan zikir
semoga dipermudahkan segala urusan
dan 
segalanya diberkati oleh ALLAH
amin!!!



20131217

Rezeki

Assalammualaikum,

tiba-tiba mr supportee tunjuk iphone 5s kat umi
"saya punya?"
"tak, saya punya"
"sapa bagi?"
"bos bagi"
"saya???"
terus diam
hurm
bukan rezeki umi
syukur alhamdulillah

tapi, kalau dapat pun best juga kan???
tak excited sangat lah sebab prefer Samsung instead of iphone
alahai!!!  kalau dapat pun nak juga kan???
kalau free semua orang pun nak kot
ALLAH nak bagi rezeki lain kat umi agaknya
walid selalu pesan "jangan berhenti berdoa"





MasterChef All Stars

Assalammualaikum,

macam2 rancangan tv yang best2 sekarang nih kan...kita orang dok melayan Masterchef All Stars...suka rancangan memasak ni...tapi, selalu cakap kat walid...tak de nya lah kita nak masuk rancangan macam nih...boleh kena heart attack...banyak sangat nak kena pikir dan2 tu jugak...belum lagi yang surprise2 tu...lepas tu...time tu lah nak cari bahan...time tu lah nak fikir masak apa...dah lah masa yang dia bagi tu...45mt lah...60mt lah...orang macam umi yang kelam kabut dan tak suka stress ni,,, lupakan je lah...kita jadi penonton je lah ye...boleh komen2 dorang...tak komen sangat pun...sebab memang fikir pun bukan senang ye nak masak dalam keadaan macam tu...sebab tu lah dipanggil masterchef...jangan pulak ada yang makan hati...

last Sunday umi tak tengok masterchef...ada 2episod kan???  semalam baru tengok...cabaran luar...excited nak tau sapa yang terkeluar...alih2...eh diva AA tak de lah...diva lah sangat kan nyah tu...propa je lebih...siap menangis2...adeh,,, kalau diimbas balik penglibatan Azwan dalam dunia hiburan dulu...wah!!! lelaki macho,,, macam dambaan wanita lah...sangat kan...dulu kan dia pengacara muzik2...kira star lah dia dulu...dengan creativiti dia...macam ikon...tapi, lama kelamaan dah jadi macam pelik...tak tau lah sejak bila dia jadi macam tu...

masa Masterchef Celebrity dulu...Azwan masuk yang first season kan??? mula2 kita orang macam "malas lah nak tengok Azwan Ali ada"...tapi, try gak tengok sebab tak de benda dah nak layan...bila tengok "eh!!!  ok gak lah dia nih"...walaupun perangai dia yang propa...tapi, kita terhibur tengok gelagat dia...kelakar...yang all star ni lagi lah tak boleh blah...dia macam tak boleh jumpa dengan michael ang...macam anjing dengan kucing...yang ni mengutuk yang tu lah...yang tu mengutuk yang ni lah...ada2 jer...semalam bila AA dah keluar...macam sunyi lah...semua pun star...jadi macam dah profesional dan macam kosentrate je buat kerja...tinggal michael ang sensorang...meraban sikit lah dia...dalam pada si AA dah keluar pun dia sempat lagi mengutuk kawan tu...hish!!!  kalau dah perangai macam tu...campak kat mana lah pun...tetap macam tu...ada2 jerrr...




Pantang

Assalammualaikum,

bukan pantang apa pun
bukan pantang makan
tapi, anak2 umi nih
pantang nampak umi makan 
makan nasi, telur mata kerbau dan kicap
hurm
perut umi dah 2 - 3hari ni macam dah ok
alhamdulillah
tapi, sebenarnya tak boleh lewat makan
or biarkan perut kosong lebih dari 6 - 7jam
dalam 4jam mesti dah isi perut 
tak kisahlah walau hanya biskut kering
sangat gigih kan???

pagi tadi umi goreng telur mata kerbau
makan nasi dengan kicap
ajak walid dan anak2 makan
semua geleng2 kepala
tapi, Hfiy dia tak cakap apa pun
dia pandang je umi makan
terus macam rasa bersalah kalau tak suap dia
umi tak tanya pun,,, suap je
menganga macam ikan tunggu orang bagi makan
bila Hfiy dah dapat tak kan tak offer Aisy kan?
malas nak suap sendiri nih
masing2 tunggu umi suap
hurm
macam2 perangai anak2 umi nih
sabar je lah ye
sementara anak2 masih kecik nih layan lah sepatutnya
jangan nanti bila anak dah besar 
rindu pulak nak suap dorang
rindu pulak nak bergurau senda dengan dorang
bila dah besar cara bercakap dan bergurau tentu berbeza kan

jadi nikmati suasana yang depan mata nih
walaupun rasa kengkadang geram gak
tapi, pujuk hati untuk bersabar
perasaan negatif tu kan hasutan syaitan
ambil masa untuk menjadi positif
suami dan anak2 je harta yang umi ada kat dunia nih
tak sanggup hidup tanpa mereka
doa yang terbaik untuk semua
semoga hari ni menjadi hari yang terbaik 
dipermudahkan segala urusan
jom berzikir!!!




20131216

Pernah kah???

Assalammualaikum,

pernah kah kita terfikir
apa yang kita buat tu betul?
adakah kita dilandasan yang sebenarnya?
samada kita di tempat yang sepatutnya?
apakah tujuan hidup kita?

pernah tak???
pernah terfikir???
jom audit diri
kenapa dan mengapa kita berada di sini???



Assalammualaikum




20131214

Yang Mana Satu???

*sticky post*
~ please scroll down for new entry ~

Assalammualaikum,

umi dan walid kan peminat tegar Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharim a.k.a Ustaz Bollywood...every month mesti skodeng dua ustaz ni punya jadual kuliah...kalau ada yang berdekatan insyaallah...kita akan pergi...kalau takde godek2 lah kat youtube...tapi, boleh katakan every week...2 ~ 3hari dalam seminggu mesti akan cari kuliah2 terbaru ustaz2 ni kat youtube...hati ni kalau macam dah baran je kan...or macam dah stress ke...cepat2 lah dengar kuliah2 or ceramah motivasi...selalunya, umi akan dengar Prof Dr Muhaya...Dr Harlina...atau pun ustaz Badli Shah...hurm...cubalah!!!  tapi, tak boleh dengar ceramah je...perlu praktikkan...ceramah nih macam benteng,,, macam penyedaran pada diri sendiri kalau rasa macam dah pergi terlalu jauh...elok lah ada yang mengingatkan....

jadinya,,, hari Ahad ni 15 December 2013 Ustaz Azhar Idrus ada buat kuliah Maghrib kat Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam...dewan solat atas ye...mesti ramai orang tu...datang lah awalnya...kalau tidak nanti...tak dapat dok depan2...memang takde nya lah nak dapat duduk depan2...sah2 saf lelaki kat depan...kita tengok skrin besar je lah nanti...

Hari dan waktu yang sama juga (Ahad, 15 December 2013) waktu yang sama juga ada Forum Perdana (kalau tak silap) di Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong bersama Ustaz Haslin Baharim...dan ada lagi sorang lah ahli panel dia yang umi tak ingat nama dia apa...dan tentunya ramai orang yang akan datang...jadi macam biasa datang awal...

yang menjadi persoalannya sekarang...umi dengan walid nih,,, nak pergi yang mana satu nih???  dua2 ustaz favorite...dilema juga lah...tapi, tak pe...insyaallah...mana yang termampu kita pergi...

nak promo sikit lah "kepada mereka yang duduk berdekatan dengan Shah Alam dan Bukit Jelutong, moh lah kita menghadiri majlis ilmu"  walau siapa pun...walau apa pun...yang penting pengisian dan ilmu yang disampaikan serta ilmu yang akan kita dapat...semoga diberikan ALLAH kelapangan untuk anda menghadiri majlis ilmu ini...insyaallah...


Macam Biasa je

Assalammualaikum,

hari sabtu hari santai???
umi memang minta cuti hari sabtu
means ~ kerja 5 hari sahaja
tapi, tak dapat
mr supportee kata datang je hari sabtu
tak perlu buat kerja pun tak pe
tapi, boleh ke datang kerja tapi, tak buat kerja???
tak pandai pulak
mesti nak kena buat kerja gak kan???

ni lagi dah akhir tahun
macam2 hal 
umi awal tahun ke akhir tahun ke
awal bulan ke akhir bulan ke
macam biasa je
bila ada kerja buat
bila banyak kerja speed up sikit
bila tak banyak kerja slow down sikit

ada sesetengah staf akhir tahun tunjuk rajin
ada lak komplen itu ini
ada lagi cari kelemahan / kesalahan orang lain
ada nanti ugut nak berhenti kerja kalau tak naik gaji
nak rate gaji ikut kehendak diri sendiri
bukan ikut rate company / qualification
hish!!!  macam2 hal
pening gak kepala umi nih
"pening ar dia nih" ~ shuib sepahtu

umi???  biar pi lah
bonus / naik gaji ke tak semua terserah pada company
tak puashati pun mesti kena terima
kena juga cari rezeki
semua tu kan kehendak ALLAH
kalau gaji naik sikit or bonus dapat sikit
ALLAH yang tentukan macam tu kan
kat sini rezeki sikit
ALLAH bagi rezeki yang lebih kat lain pulak
kesihatan / anak bijak / anak taat / ketenangan jiwa
semua tu pun rezeki juga kan???
jadi tak perlu dipersoalkan
ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

tak payah nak propa sangat
jadi diri sendiri
sentiasa buat yang terbaik
niat dalam hati buat apa pun kerana ALLAH
amin!!!


Syukur

Assalammualaikum,

syukur alhamdulillah
perut umi dah semakin baik
selalu kalau dah lunch pukul 12pm 
nanti dalam pukul 4pm 
perut ni mesti macam merengek je minta diisi
tapi, semalam macam ok je
balik rumah pun masih boleh cool je masak
dan macam biasa dinner pukul 7pm
hurm
walid pun macam pelik2 je
"perut umi dah ok?"
"alhamdulillah,,, berkat kesabaran...ALLAH kurniakan umi kesihatan"
pagi ni pun, alhamdulillah
perut ni tak cari nasi
hari Sabtu memang akan breakfast kat luar
hari ni ajak walid breakfast kat mi kari tu
jom kita mee kari!!!
pedas sikit lah,,,
perut ni masih anjer lagi
so belum boleh makan merapu
ngeee



20131213

English Fun Camp

Assalammualaikum,

semalam Aisy ada English Fun Camp 
sepatutnya last week 
tapi, ada masalah teknikal
tarikh dan tempat pun diubah
memang tak sangka pun camp tu akan ada juga
umi dan walid ingat kalau dah cancel / tunda mesti tak ada dah
so ~ tak harap sangat
alih2 dapat sms dorang bagi date dan tempat
ok lah,,, at least ada gak aktiviti Aisy cuti sekolah nih
tak de lah asyik dok Taska je kan???
Aisy memang suka aktiviti2 macam nih
dia berani,,, pandai berkawan walaupun macam memilih sikit
cian Hfiy semalam sensorang duduk kat Taska
kengkawan yang lain ada lah
bukan tak de pun

petang semalam kat dalam kereta lagi Aisy dah sibuk bercerita
"seronok pergi camp?"
"seronok sangat Mi"
Aisy pun start bercerita
seronok dapat jumpa kengkawan sekolah
ada juga pelajar dari sekolah2 lain
kira pelajar terpilih je lah yang dijemput hadir
cam ne dorang pilih...tak tau lah pulak umi
macam2 aktiviti lah semuanya in English
hurm...
camp ni free dan makanan disediakan (camp sehari 8pg - 5ptg)
camp ni anjuran MAPPIS 
Mappis ni macam majlis pembanngunan untuk sekolah agama rakyat
di inspirasikan oleh Menteri Besar Selangor
jadi sekolah integrasi termasuk dalam MAPPIS ni punya program lah
dorang ada anjurkan Amal Islami antara sekolah2
seluruh Selangor macam2 aktiviti lah sukan, nasyid, azan, tilawah, hafazan
then, ada buat camp untuk pelajar tahun 6 (UPSR / PSRA)
dan macam2 lagi lah aktiviti dorang nih
hopefully, dorang akan anjurkan lagi aktiviti yang bermanfaat macam nih
pada masa akan datang


Tak Tahu Lah!!!

Assalammualaikum,

tak tau nak tulis apa...kerja pun banyak,,, tapi, ada hati lagi nak bebel2 kat sini...nak bebel pasal apa???  entah lah...pasal kontroversi yang melanda opis umi...kontroversi lah sangat kan???  biasalah dah akhir2 tahun nih...macam2 kontroversi yang melanda...ingat dunia hiburan je ada kontroversi...opis umi pun ada kot!!!

pasal si klon yang nak resign...pastu, pasal si shushu yang tak puashati dengan orang tu lah dengan orang ni lah...shushu ni dah macam pemerhati...mata2...yang sentiasa elert pada apa yang berlaku kat opis...umi ni yang duduk kat dalam bilik jer yang tak tau cerita atau perkara yang berlaku di luar...sebenarnya,,, malas dah nak amik tau...pandai koranglah nak kerja macamana kan...dah tua!!!  tau dah halal haram...dah pernah tegur pun...kerja untuk cari rezeki untuk keluarga...pastikan lah sumber rezeki tu...

si shushu kuat mengadu...apa benda yang berlaku dia suka citer kat umi or si pari2...dah kita orang 3orang jer pun perempuan yang ada kat opis nih...makanya haruslah berkongsi cerita...mostly, pasal ketidakpuasan hati dia lah...dia ni memang memanjang tak puashati...tang mana yang dia puashati pun umi tak tau...tapi, oleh kerana kesian kat dia yang tiada tempat mengadu...dengar je lah luahan hati dia...cuma bila melampau sangat tu...umi tukar cerita...cerita yang terlalu personal maaf ye...umi tak nak campur...

anyway,,, apa2 pun setiap perkara yang berlaku ALLAH dah tentukan...dan ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...tiada perkara kebetulan yang berlaku dalam dunia nih...semuanya kehendak ALLAH...dan kita sebagai hamba hendaklah redha dengan ketentuannya...minta hanya pada ALLAH...jangan bergantung harap pada manusia...ALLAHUAKBAR...!!!  ALLAH maha besar...tiada lain yang berkuasa melainkan ALLAH...

umi doakan yang terbaik untuk semua dan berubah demi ALLAH...berubah ke arah kebaikan...amin!!!