20121119

Homestay

Assalammualaikum,

Boleh tak nak gelarkan rumah kat kampung bonda & ayahanda sebagai HOMESTAY...???
4hari menghabiskan cuti kat kampung (the real kampung)...rasa macam seronok pulak...
umi ni orang kampung yang telah dibandarkan (istilah diambil dari kata-kata walid)...
jadi kehidupan umi tak berapa nak kampung sangat walaupun rumah mak tu boleh dikatakan kampung...
kampung yang tak berapa nak kampung...
sebenarnya umi memang seronok kalau balik ke kampung tu...
sebab rasa macam 'time stop'...rasa masa berlalu begitu lambat sekali...
and...a lot of activity to do...outdoor aktiviti...rumah kecik dan tak ambil masa yang lama untuk mengemas...
tapi, punya halaman dan ruang yang banyak untuk mengemas (di luar)....
anak-anak pun bebas bermain...berlari sana sini...memang enjoy!!!
line hp 'SOS'...means - tiada siapa mengganggu especially, hal-hal kerja...rasa macam i'm free...
no entertainment...nak tengok tv???  ada 3channel sahaja...RTM 1, 2 & TV3...bestkan???
tak perlu berebut-rebut dengan sesiapa pun untuk tengok rancangan ASTRO...
jadi boleh tengok rancangan yang kita rasa nak tengok...dan semua orang tak de pilihan...
and have to tengok...
takde line internet...jadi tak perlu bersusah payah untuk check email...sukanya!!!
tak de yang urgent di sini!!!  tak perlu fikirkan pasal kerja langsung!!!
huh!!!  best!!!  main game apa yang ada kat hp...hohohohoho...
yang tak best...??? banyak nyamuk...bila nak masuk maghrib jek...kena hurung dengan nyamuk...
lepas tu busy tampar nyamuk yang hinggap kat tangan dan muka...
then, ayahanda akan cakap "nyamuk ucap selamat datang"
terima kasih ayahanda...dan Hfiy yang berkulit putih tu...habis merah muka dia kena gigit nyamuk...
aduh!!! kasihan...
malam yang gelap...tak de suara kenderaan...yang ada bunyi cengkerik dan kongkang...
kongkang???
bila nak tidur buka langsir bilik...tapi, takde cahaya..."walid!!! tolong buka lampu dapur...umi takut gelap...rasa macam sesak nafas tidur dalam bilik yang gelap" 
dan silalah buka pintu bilik untuk mendapatkan cahaya...
hmmmmm...plan seterusnya untuk bercuti panjang di HOMESTAY ayahanda dan bonda...
tak sabar nak tunggu ada cuti yang panjang...nak enjoy-enjoy di sana...


No comments: