20130325

AKTIVITI SEPANJANG MARCH

* sticky post *
~ please scroll down for new entry ~

Assalammualaikum,


Post ni akan agak lama dok kat atas...sebab umi post few aktiviti di Masjid Negeri Shah Alam...takut terlupa jadi umi masukkan semua dalam satu entry...

1)  Kuliah Syariah Hikam Oleh Dr Zulkifli Al-Bakri pada setiap hari Rabu minggu pertama, kedua dan ketiga.  Di dewan Solat Bawah, selepas Solat Maghrib - DONE

2)  Forum Perdana Sempena 5tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada 8.3.13 (JUMAAT).  
~ 7mlm : Zikir Perdana oleh Syeikh Abdul Karim Omar Al - Makki
~ 7.50mlm : Kuliah Maghrib Khas (Memahami Konsep Baldatun Toiyibatun Warrabun Ghafur oleh Dr Zulkifli Muhammad Al - Bakri
~ 9mlm : Forum Perdana "Mengangkat Martabat Ummah, Tanggungjawab Siapa?" oleh Ustaz Ahmad Syukri Yusoff, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuddin & Dr Zaharuddin Abdul Rahman
* Perkhidmatan Rawatan Islam disediakan secara PERCUMA bermula jam 8mlm - 10.30mlm  - DONE

3)  Program Jom Kiyam untuk remaja 12thn dan ke atas (ibubapa juga boleh sertai).  Minum malam & sarapan disediakan.  Tiada bayaran/pendaftaran dikenakan.  Program bermula pada Sabtu 9.3.13 (10mlm), tazkirah jam 7pg seterusnya berakhir pada jam 8pg Ahad 10.3.13 - DONE

4)  Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1.  Terbuka kepada muslimin & muslimat pada 16.3.13 (Sabtu) jam 8pg - 4.30ptg.  Di Dewan Seminar Yuran RM50.  Pendaftaran di Pejabat Pentadbiran MSSAAS sebelum 14.03.13.  Sebarang Pertanyaan hubungi Ustaz Zaki 013 - 282 6334 (Pendaftaran telah pun ditutup pada 12.03.13) - DONE

5)  Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus, akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mac 2013.  Selepas Solat Maghrib, di Dewan Solat Utama.  Siaran secara langsung boleh ditonton menerusi pautan www.ustream.tv.channel - DONE

6)  Program Tafaqquh Fiddin oleh Al - Fadil Al - Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al - Banjari Al - Makki pada 24.3.13 selepas Solat Maghrib.  Antara pengisian ialah solat tasbih dan tausiah.  Di dewan solat atas. - DONE

7)  Daurah Penghayatan Remaja Islam 2013.  Tarikh 25.3.13 - 28.3.13 (8pg - 5ptg).  Had umur 7 -  17thn.  Yuran RM30.00.  Terhad kepada 400org sahaja.  Pendaftaran hanya boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran MSSAAS pada waktu pejabat. (Pendaftaran telah pun ditutup pada 08.03.13)


~ Muslimin & Muslimat dijemput hadir ~

No comments: