20131219

Lunch

Assalammualaikum,

setiap hari umi akan keluar tapau nasi untuk lunch pukul 11am
mana ada company yang suka suki keluar tak tentu masa???
ada lah kot kan???  yang bekerja sendiri tentu masa lebih flexible
nak citer pasal makcik yang kita selalu beli lunch nih
makcik yang berniaga nasi campur ni dulu dia sewa kedai
bila tuan kedai ni jual kedai makan dia kat orang lain
makcik ni pun berniaga dekat dengan area opis umi nih
makcik tu buka meja pasang payung je
berniaga suami isteri
pakcik ni dah pencen takde apa nak buat
tu yang berniaga,,, dorang buka gerai dalam pukul 10.30am
lauk macam2 lah yang bestnya ikan kembung, ikan patin, ikan keli
tu je lah pun setiap hari
kalau ikan kembung setiap hari masak kicap, sambal dan tempoyak
ayam goreng, ayam sambal, ayam rendang 
dan daging satu jenis je
setiap hari bertukar 
rendang daging, kurma daging, kari daging dan daging masak kicap
sayur lak setiap hari ada 3jenis dan setiap hari sayur yang berbeza
kita orang memang akan keluar awal
kena pastikan keluar sebelum pukul 12pm
kalau keluar selepas pukul 12pm
melopong lah jawabnya samada lauk semua dah habis
atau gerai pun dah tutup
memang ramai orang beli kat makcik ni
sedap???  boleh lah daripada tak de 
dan masakan makcik ni masakan kampung
masak yang ala-ala macam mak kita masak kat rumah
dan yang buat orang berebut2 nak beli kat makcik ni
sebab murah
murah sangat2
kat tempat anda semua kalau amik nasi, sejenis lauk (ikan / daging / ayam) dan sayur berapa ringgit???
kat makcik ni RM4 sahaja
nasi tambah pun tak pernah charge
umi selalu amik nasi separuh, lauk dan sayur (sayur letak banyak) makcik ni charge RM3.50 sahaja
walid pun macam pelik2 mana makcik ni beli ikan
boleh jual harga yang murah sangat
ikan kembung dia besar, gemuks2 bukan yang kecik2 tu
memang berbaloi2
umi sekali sekala ada gak bungkus lauk2 untuk makan malam
kalau beli asing mahal sikit lah ikan / ayam 1pc RM2.40
tapi, masih ok lagi lah
biasanya akan beli 3ekor ikan boleh makan satu family kita orang
balik rumah masak nasi kalau rajin goreng sayur
selesai makan malam
sebab tu lah ramai orang beli kat makcik ni
murah dan sedap
orang prefer sebab murah kot
kalau mahal dan sedap pun orang beli gak
tapi, kalau mahal dan tak sedap boleh blah
harap2 makcik ni terus sihat
jadi dapatlah kita orang setiap hari beli kat makcik ni
walaupun bila dah setiap hari makan tempat yang sama
macam dah tak berapa nak lalu
layan kan aje yang penting perut umi tak lapar
untuk kesihatan itu yang penting


No comments: