20140329

TERKEJUT

Assalammualaikum,

malam tadi tidur lewat
tak tau nape mata ni tak mengantuk lak
dekat pukul 1am kot baru lena
itupun dok melayan game kat hp walid
pujuk2 mata ni bagi tidur

umi ni jenis susah nak tidur
kalau dah tutup semua lampu
tak pernah nya terus lena
mesti golek sana golek sini
berangan apa yang patut
baru lah lena
ada ke berangan???
bacalah surah2 kan
doa tidur mestilah kena baca 
dah lena tidur tu
tiba2 pukul 5am
dengar dari tingkat atas
betul2 tingkat atas rumah kita orang
macam ada benda jatuh
walid dah terbangun awal dah
umi pun tiba2 terjaga
kuat betul kan bunyi dia
macam kaca jatuh
macam bumbung jatuh
walid ingat rumah dah runtuh dah
kita orang tengok je kat syiling tu
walid buka lampu tengok kat dapur
check kat toilet
pastu tengok luar
"cuba walid tengok kete bapak ada ke tak?"
walid tinjau2
"ada"
kalau ada ok lah
kalau takde lagi scary kan???
kita orang panggil jiran atas tu bapak
sebab anak dia panggil bapak
zaman sekarang mana ada orang panggil bapak lagi kan???
tapi, dengan kita-kita aje lah
bila jumpa di still panggil abang huhuhu
bapak tak duduk sini
rumah dia kosong weekend je dia balik

pagi tadi masa kuar nak pergi kerja
kebetulan terserempak dengan bapak
lepas tu walid interview lah bapak
dia kata memang bunyi tu datang dari rumah dia
tiles (lantai) kat rumah dia 'meletup' / pecah
dia pun terkejut 
dia ingat earthquake
tak boleh blah kan???
dia pun terkejut gak bila kita orang cakap kita orang dengar

kat row kita orang
rumah kita orang je ada orang 
dan ada lagi satu tingkat 3 yang lain2 semua kosong
kat tingkat 3 tu pun selalu gak tak de orang
jadi bila ada benda2 yang pelik2 bunyi
memang kita orang akan "aik...mana ada orang"
cam ne ada bunyi pastu pujuk hati
jiran sebelah kot
kalau setakat bunyi guli jatuh
bunyiorang tolak kerusi or meja malam2 buta tu
memang macam dah tak pelik lah
biarkan ajerrrrr
masa awal2 jer yang macam "siapa tu?"
tapi, bila rumah ada jirang tetangga dah jadi tak kisah dah
jangan muncul depan mata je dah lah kan
nak setakat usik2 manje tu tak pelah
'benda' tu pun nak main2 gak kan
tu je lah citer mistik umi untuk minggu ni
hahahaha...





No comments: