20140613

Perginya Seorang Tokoh

Assalammualaikum,

terima kasih ALLAH kerana memberi kekuatan pada umi untuk menulis di sini
tentang kesedihan seluruh rakyat Selangor di atas kembalinya kerahmatullah
S.F Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
pada 9.6.2014 jam 9.07mlm di IJN



gambar atas tu...cik k.ipar yang hantar 
dan gambar yang kat bawah tu group whatsapp walid kot yang hantar
alam turut menangisi pemergiannya sebagaimana rakyat Selangor menangisi pemergiannya

walaupun tak mengenalinya sebagaimana ahli keluarga dan sahabat terdekatnya
tapi, sebagai pelajar di dalam kelas tajwidnya
umi dan walid terasa sangat kehilangannya
walaupun dah lama tak pergi kelas tajwidnya
kami pasti merindui bacaan surahnya
apatah lagi Ramadhan dah dekat
dah tak dapat jadi makmumnya dalam solat Terawih

semoga almarhum di tempatkan di dalam golongan orang soleh
diberikan rahmat ke atas rohnya 
dan diberikan kekuatan kepada ahli keluarganya

Al ~ Fatihah


No comments: