20141130

RATU DELICACY

* sticky post *
~ please scroll down for new entry ~ 


Assalammualaikum,

tak ingat lah bila...tapi, awal bulan November tak silap umi
umi ada kerja luar dengan mr supportee di Shah Alam
dan kebetulan pula ada appointment dengan walid pasal urusan syarikat
jadi,,, amik peluang untuk lunch dengan walid
dan
memenuhi jemputan cik k.ipar untuk pergi makan kat cafe en biras
bukan first time datang...dah 2nd time
dah janji juga dengan cik k.ipar untuk buat promo kat blog umi
hehehehehe...dah hampir sebulan baru sempat untuk buat promo
sorry ye buk,,, serius busy

kita berkenalan dulu : berkonsep kan cafe
RATU DELICACY beralamat di : 
No. 21, Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
(Landmark : opposite Masjid Seksyen 13, belakang laman seri)
cafe ni dekat bahagian dalam tau
so uollls, kena masuk jalan kat dalam tu
kalau tak jumpa juga boleh contact no. hp kat bawah ni
016 - 235 9423 / 016 - 262 4277 / 016 - 236 3955
nak contact umi pun boleh juga
016 - 375 0094 / 016 - 211 4727

tengok gambar lak eh!!!




menu yang ada...masakan panas2 ye
bukan nasi campur tau!!! ala carte
ada breakfast / lunch / minum petang

that day,,, umi makan nasi kukus
ayam tu ayam kampung ye...
perggghhhh...bila tengok balik...terasa kat mulut ni kesedapan dia
terliur dibuatnya


kari kambing
pun yummy!!!

menu datang dalam set
kari kambing tu satu set dengan nasi kat atas nih
walid makan nih...memang owesome!!!

banyak lagi lah menu yang best2
pagi macam biasa ada breakfast nasi lemak daun pisang (highly recommend sebab memang sedap sangat2), kuih ketayap, bihun goreng, mee goreng

tengahari ada set nasi (macam yang kita orang makan), set nasi kukus ikan keli lomak cili api, nasi kukus kari kepala ikan, daging salai lomak cili api, tempoyak daun, ayam kampung goreng, rendang minang

petang lak ada minum petang, ringan2 macam keropok lekor (memang beli kat Terengganu - sedap giler), pisang goreng, lempeng (cicah dengan sambal ikan bilis yang marvellous), kalau nak berat sikit boleh makana Sup Tulang Rusuk, Mee Rebus Muar, Mee Kari Ipoh, Lontong Singapore, kueh teow goreng kebabom ~ kebabom ni umi yang gelarkan sebab memang kebabom rasa dia
dan yang lain2 tu macam menu kat atas tu

jadi, jomlah datang beramai2 kita...dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8am hingga 7pm...chef dia??? memang orand nogori sembilan yo...dari Kuala Pilah lagi...memang ori!!!



No comments: