20150123

Pengalaman Menggunakan ALIFAH KOPI HERBA 1

Assalammualaikum,

Now sementara ada masa ni jom lah kita sembang-sembang
berkongsi-kongsi info pasal Alifah Kopi Herba
susah gak kan sebenarnya nak kongsikan 
Testimoni produk kesihatan ni
kalau product skincare senang sikit lah kot
sebab boleh amik gambar muka sebelum and selepas
kalau kesihatan cam ne???  nak rakam video or audio???
memang susah sikit lah
cara umi ni memang orang macam 
'ye ke? sembang je lebih'
or
'betul ke ni? nak jual barang je ni'
kan???  umi sendiri pun pernah lah terfikir macam tu
jadi, tak heranlah kalau orang pun cakap pasal 
ALIFAH KOPI HERBA & NU PREP TONGKAT ALI 
macam tu juga
sebab tu lah umi biasanya akan share pengalaman2
orang2 yang terdekat dengan umi,,,
umi sendiri, walid, anak2
ok,,, dah puas membebel let's kita citer pasal MAK umi

Mak memang seorang yang sihat...pada luarannya dan kalau compare dengan abah...mak lebih sihat lah...sebab abah ada penyakit darah tinggi, gaot dan  pernah admit hospital few times pasal penyakit abah dan check up kat hospital lebih 5tahun

tapi, pada tahun 2010 mak jatuh dari kerusi...sebab kerusi tu patah...so berdarah kat kepala dan kena few jahitan...then, check kat klinik mak suspect diabetes,,, terus kena refer GH...check apa2 yang patut kat GH confirm mak kena diabetes...tapi, tak admit just makan ubat diabetes je...tak de sapa sangka pun mak ada diabetes....nampak sihat...ceria...hanya kengkadang tu lah demam or sakit kaki...orait,,, so mak pun teruskan lah makan ubat diabetes...tiba-tiba ada sekali tu kan mak makan ubat klinik (ubat diabetes) pastu mak pengsan...mungkin terlebih dos kot...kelam kabut lah bawa mak pi klinik...alhamdulillah ok...

jadi walid decide pujuk mak minum Alifah Kopi Herba start bulan September 2010...alhamdulillah,,, reading diabetes mak pun dah ok...sejak tu mak cakap kat anak2 mak "mak tak nak makan ubat klinik lagi...mak tak nak makan ubat kencing manis...mak minum herba ni je",,, then, every 3months check kat klinik pun doktor kata diabetes mak ok tak de masalah dan doktor tanya mak makan ubat apa???...mak jawab "menantu saya bagi makan herba"...so sincere kan mak kita...orang kampung memang macam tu...or mak-mak memang cam tu kot kan??? mesti nak mention sapa bagi...nasib baik tak beritahu nama...so doktor suruh mak teruskan makan herba

sampai sekarang dah lebih 4tahun mak makan Alifah Kopi Herba...dan alhamdulillah kesihatan mak semakin baik...dalam age mak tahun ni 70tahun...mak masih boleh masak, mengemas rumah, basuh baju, sidai baju...cuma solat mak solat duduk lah...kaki dah tak berapa nak kuat...kami pun selalu nasihatkan mak jangan buat kerja rumah banyak sangat...solat kena duduk...don't rushing...kalau nak bangun or duduk kena relaks jangan push...hurm,,,  umi pun dah macam mak-mak kan???  hehehehe...memang mak pun

awal2 dulu mak minum ALIFAH KOPI HERBA dua kali sehari...sekarang mak minum sekali sehari...alhamdulillah...kami selalu pantau dan pastikan stok ALIFAH KOPI HERBA sentiasa ada untuk mak...tiada apa yang menggembirakan hati seorang anak apabila melihat mak dan abah dia sihat...bila telefon or datang melawat tengok mak dan abah sihat...alhamdulillah...masih mampu tersenyum...bila mak dan abah kita sihat kita pun rasa senang hati kan nak teruskan aktiviti harian...???  

umi doakan kepada mak dan abah juga ayahanda dan bonda semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kepada semua ibubapa di luar sana...jaga kesihatan...cubalah ALIFAH KOPI HERBA...untuk menjaga kesihatan anda...insyaallah

walau apa pun yang kita buat semuanya hanya kerana ALLAH
semoga ALLAH pelihara kesihatan kita supaya memudahkan kita terus sujud pada Nya

_________________________________________________




No comments: