20150430

Semak

السلام عليكم

selamat tengahari sahabat blogger sekelian
rindu nak bebel kat sini
tapi, kekangan masa yang tak mengizinkan
kesian kan???
nak blog walking pun tak sempat
busy dengan urusan kerja
dan melayan kerenah pihak pengurusan dan staf2 lain
banyak sangat yang tak berpuashati 
entah bila kan akan berpuashati
manusia dilahirkan untuk rasa tidak puashati...mungkin
cakap apa nih???
cakap orang yang sedang kecewa
banyak perkara yang berlaku lately nih
yang membuatkan hati gundah gulana
puas pujuk hati...puas bermuhasabah diri
sentiasa cakap dalam diri 
"Jangan engkau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita"
surah At - Taubah ayat 40
selalu amalkan insyaallah akan mengubat hati yang sedang bersedih
petikan dari ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang
di Ikim setiap hari Jumaat jam 10am - 11am

umi bukanlah orang yang arif
umi pun masih dahagakan ilmu
masih banyak kurangnya
masih banyak yang compang camping di sana sini
insyaallah...ada sedikit pengetahuan umi akan kongsikan
kalau kengkawan nak kongsi pun boleh juga
drop comment or tulis je kat ruangan chit chat tu
tapi, umi harap tulislah yang berhemah ye
zaman hentam orang sana sini dah berlalu
lebih baik share ilmu dengan semua orang
semoga jadi saham di akhirat nanti,,, insyaallah

ok
kepala memang berserabut dan semak samun
ALLAH tak menduga kita jika kita tak mampu kan???
insyaallah,,, satu persatu masalah akan diselesaikan
yang penting redha dengan apa pun yang berlaku...insyaallah
esok labour day...selamat hari pekerja kepada semua
surirumah juga seorang pekerja 
pekerja yang tak pernah ada cuti tahun or mc
sentiasa kena buat kerja
anyway anyhow
umi sentiasa doakan yang terbaik untuk semua
dan semoga dipermudahkan segala urusan
sayang korang semua




No comments: