20150331

Selamat Malam Dunia

السلام عليكم

Mood tak berapa bagus
jadi lebih baik mendiamkan diri dari berkata2
rasa bersalah jika ada hati yang terluka

Selamat malam dunia
Selamat malam cintaaaaa

Esok 1hb April 2015
hari yang dinanti
selamat menempuh dunia baru
dunia yang semakin mencabar

Perlu merehatkan minda
umi doa yang terbaik untuk semua
semoga dipermudahkan segala urusan
untuk hari esok dan hari2 yang seterusnya
gudnite

Terima kasih ya ALLAH di atas kurniaan Mu
amin!!!

20150326

Berdebar

Assalammualaikum,

berdebar sangat-sangat nih!!!
wish me luck...ok???

sayang korang semua
umi doakan yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan


20150325

Kenyang Perut Sukahati

Assalammualaikum,

'Gendang Gendut Tali Kecapi'
'Kenyang Perut Sukahati'
ingat tak pantun dua kerat ni???
macam umi lah ni,,, after lunch...perut dah kenyang...lalu sukahati lah!!!

hari ni umi rasa macam lambat je masa berlalu
dan rasa sedikit bosan...eh???
hurm...nak citer apa ye
orait...semalam walid order Yakult kat kawan sekolah walid
dan seperti biasa kawan walid akan drop by kat opis umi
since, umi order...so - ajaklah kengkawan opis sekali 
post kat whatsapp 
ada sorang je yang hantar gambar budak pompuan angkat tangan
padahal budak tu lelaki ye...tak kisahlah
jadi, ada few lagi order kat umi terus, bukan through whastapp
so - tu tak pe lagi
pagi tadi, kawan walid pun hantar Yakult kat umi
untuk umi dan kengkawan opis adalah dalam 14pack umi amik
ada lebih kurang 8pack untuk dorang dan 6pack lagi bawa balik untuk anak2
banyak???
anak2 umi tu kalau Yakult dorang boleh minum sekali sedut je
itu pun kena pantau sehari satu botol sahaja
kalau ikut dorang sorang 1pack pun boleh settle sekejapan sahaja
bila dah agih2kan kat kengkawan yang order
eh!!!  yang tak order pun nak juga
hurm,,, bagi je lah...tinggallah kat umi 4pack
dorang ni memang cam ni lah selalunya
bila tanya nak order ke
memasing buat tak tau je
bila barang dah depan mata memasing nak beli
huh!!!  sabar je lah...alhamdulillah lah amik lebih
kalau tak untuk umi??? nando

tadi kuar sekejap beli barang untuk meeting esok
nak buat makan2 lagi...order food lagi,,, tak ramai lah dalam 20org je
hish!!!  umi tak suka lah kalau kena order food
sebab pening fikir nak order apa
walaupun hanya minum petang
tak kan nak order dengan orang yang sama setiap kali kan???
bosan weyh!!!  umi yang order pun dah naik bosan
orang yang makan apa tah lagi
so - kita tukar selera sikit lah ye
kita order kat orang lain pulak
walaupun makanan yang di order tetap sama
apa je lah pun kalau minum petang
mee goreng, bihun goreng, karipap
kali ni umi malas nak order air
guna air kotak je lah ye
malas nak mengomeh2 (kemas) lepas tu
nak pulang barang lagi
esok pun nak celebrate birthday sikit
birthday pilot dan awek kat opis nih
awek pun ada sorang jer
esok makan kek lagi lah kita
dan masih fikir nak order kek apa???
Secret Recipe or kedai kek nyonya,,, memang tak makan ler jawapnya
hehehehe
anyway, yay!!!  dah pukul 4ptg
sat lagi dah boleh balik
tak tau nak masak apa untuk makan malam
semalam plan nak masak ayam masak merah
percubaan kedua...hari tu umi masak, walid dan anak2 suka lak makan
walid kata kurang manis (manis sos cili)
so - ok,, ada idea nak letak apa
tapi, itulah dianya lupa lak nak kuarkan ayam
ayam yang sejuk membeku tu...jawabnya ambik masa untuk defroze
melambatkan kerja umi,,, takde pilihan
buat masa ni itu je idea yang umi ada
tak mampu nak fikir menu lain
hari ni lak hari rabu
rutin umi adalah iron baju
hurm,,, *ting* mata blink2 tiba2
kengkadang walid bungkus makanan 
sebab dia tahu wifey dia kena iron baju
hehehehe...doalah banyak2 kot2 walid tapau makanan
jom2
:)
*matabersinarbakrembulanditengahmalam*


20150324

Pemalas Tahap Gaban

Assalammualaikum,

tak tau lah sekarang ni pemalas tahap gaban
dulu rajin sangat update blog
ada satu masa tu 1k post citer dalam setahun kat blog
apakah???
sekarang macam dah sendu sampai tak tau nak share apa kat sini
simptom apakah ini???
adakah disebabkan faktor usia???
hehehehe...masih tak mengaku kan diri ini dah tua???
masih rasa macam muda remaja gitu
sebenarnya,,, ada banyak benda kengkadang tu nak citer
especially, bila tengah masak kat rumah kan
sempat berangan tiba2 'pop!' 
eh!!!  boleh share dalam blog ni
tiba2 bila dah mengadap laptop
taip...delete...taip...delete
pastu, termenung...tak tau nak citer apa
hurm,,,,

bulan Mac ni,,, tak berapa busy
ye ke???  kat opis lah..sebab tak de public holiday
kalau tak banyak cuti...kerja memang ikut flow
bila banyak cuti,,, itu yang start kelam kabut
macam february hari tu kan,,, busy dengan event
lepas tu memang banyak cuti, 
CNY, pastu umi mc...kena lak habiskan cuti tahun lepas yang tak habis lagi
macam tak percaya kan AL tahun lepas berbaki 1.5hari
hahahaha...tak pernah umi ada lebih cuti
selalunya tak cukup je...ada sekali tu
umi berhutang AL 0.5hari
dan tolak dari tahun yang berikutnya
sampai macam tu sekali kan???
i love cuti...sangat2,,, tapi, tak suka juga kalau meja bersepah
sebab banyak sangat kerja nak kena buat
tapi, bila banyak sangat waktu senggang macam ni kat opis
pening juga...setiap hari dok fikir kerja apa lagi yang umi nak buat
alhamdulillah ada audit bulan depan
boleh lah start dengan audit pulak
ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk hambanya
tak bz sangat this month supaya umi prepare untuk audit
maksudnya takde ruang untuk umi bersenang lenang dah bersuka ria di opis
sentiasa ada kerja kena buat
kalau tak,,, bukan kerja lah namanya kan???
nak kerja,,, nak rezeki untuk keluarga tapi, malas kerja
tak kan lah ALLAH nak bagi rezeki bergolek2 macam tu aje kan
mesti lah kena berusaha

ini lah masalah umi,,, malas update blog
bila dah menaip
tak reti pulak nak berhenti
udah-udah ler tu

anyway, umi sentiasa doa yang terbaik untuk semua
dan semoga dipermudahkan segala urusan
amin!!!

jumpa lagi...tata


20150323

Citer Cuti Sekolah??????

Assalammualaikum,

hai!!!  apa kabar???  monday blues???  tak mo lah...mulakan hari dengan senyuman
insyaallah...semuanya akan ok

last week,,, anak2 cuti sekolah...seminggu...hurm,,, aktiviti??? 
takde apa aktiviti pun untuk dorang,,,
walid baru je sihat,,, banyak lak cuti before
so kena catch up balik
end up bawa lah anak2 ke opis
Aisy ikut walid ke opis
Hfiy lak ikut umi...walid kata Hfiy shadow to me
hehehehe
bawa anak2 pergi opis kena prepare food
breakfast, lunch...kena siap dari rumah
so - seminggu lah setiap pagi kena masak untuk breakfast and lunch
kat opis ni susah nak kuar...kena ada orang drive
kalau tak de orang...kena tunggu sampai ada orang
kalau setakat umi,,, boleh lah nak tunggu pukul 2pm baru nak lunch
kalau anak2 tak kan nak biar dorang berlapar sampai pukul 2pm kan???
tak sanggu tengok dorang lapar dan tak sanggup nak dengar dorang merengek

Hfiy ni karakter dia lain sikit 
dia sangat2 aktif dan suka nak cuba sesuatu yang baru
tapi, penakut
kalau pasal nak bercakap dengan orang...abang kena deal untuk dia
kalau duduk kat opis umi,,, every single thing dia akan usik
my drawer my cupboard habis semua dia selongkar
even cermin muka umi pun dia boleh turunkan then, tak reti nak gantung balik
aduyai...ada sampai satu tahap...boleh mencabar kesabaran umi
grrrrrrrrr,,, kena hep sekali...baru boleh duduk diam
tapi, Hfiy ni bukan macam Aisy yang suka sentap
umi marah pun...dia akan merajuk sekejap je
pastu, akan buat lagi benda yang umi tak bagi buat
camne tu???

ini hasil lukisan Hfiy...cantik tak???
Hfiy memang suka melukis,,, bakat dari both sides kot
tapi, dia pandai lukis dari gambar yang dia tengok
kalau benda depan mata,,, dia tak pandai
or imaginasi pun dia tak pandai kot
umi whatsapp kat walid gambar yang Hfiy lukis ni
walid kata,,, Hfiy belum pandai lukis bahagian kaki
nampak pelik kan kaki lembu tu???  umi lukis bahagian mata lembu tu jerrr
jadilah,,,sebab Hfiy tak pandai lukis bahagian mata lembu...ek???
dan satu perangai pelik Hify bila dia start lukis dari ekor lembu
kalau kita mesti lukis dari muka kan???
Hfiy kata dia lukis dari bahagian ekor...sebab dia lukis dari bahagian yang senang lukis
hurm,,, ok


"ok,,, Hfiy nak site visit dulu ye"
kan dah cakap...Hfiy memang pandai cari barang2 yang umi sorok
umi letak safety helmet tu kat bawah meja
atas CPU...pun dia boleh jumpa
hurm,,, umi amik gambar dia...terus whatsapp kat walid
walid kata comel nya
comel sangat anak walid ni kan????
macam nak gigit je
geram dengan perangai dia...ada je idea dia untuk buat benda tu jadi permainan
memang kreatif
kengkadang tu umi terpaksa bagitau dia
benda ni tak boleh main or ini bukan permainan
nak kena bagi dia faham
hish!!!

tu jelah...citer cuti sekolah...boring???
tak de lah...ada few times bawa anak2 kuar makan
since, tak bawa dorang pi bercuti
bawa pi makan pun jadilah kan???
anak2 faham...insyaallah
tengah plan gak nak bawa anak2 pi bercuti
kena tengok budget dan tempat yang sesuai nanti
insyaallah
bukan anak2 je yang dah tak sabar nak bercuti
umi dan walid pun nak kena rehat gak
penat weyh!!!



Hai...Morninggggggg

Assalammualaikum,

dah lama tak update blog
singgah sini sat
nanti kalau berkesempatan
kita sembang panjang-panjang ye

doa yang terbaik untuk semua
dan semoga dipermudahkan segala urusan
amin!!!



20150322

Berkawan

Assalammualaikum,

Perumpamaan : 

Berkawan dengan penjual minyak wangi - insyaallah wanginya akan terpercik kepada kita
Berkawan dengan tukang besi - insyaallah percikan besi akan terkena pada kita

Maksudnya : 

Carilah kawan yang baik, insyaallah kebaikan kawan kita akan terpalit kepada kita
Carilah kawan yang rajin bersedekah, insyaallah kita akan juga rajin bersedekah sepertinya
Jika berkawan dengan pencuri, tidak mustahil kita juga akan mengikuti jejaknya...nauzubillah

Pengajaran : 

Jadilah kawan yang baik kepada kawan kita
Supaya kebaikan yang kita lakukan kerana ALLAH
Akan memberi manfaat kepada orang lain dan diri kita sendiri
insyaallah



20150312

Birthday Adik!!!

Assalammualaikum,

Sebenarnya,,, birthday Hfiy sama tarikh dengan event umi kat opis
dan Hfiy memang macam tak puashati lah
Hfiy : kenapa umi buat sama birthday adik?
umi : alahai,,, tarikh tu je yang semua orang free...nape?
Hfiy : tak dapat lah celebrate birthday adik
umi : tak pe kita buat lambat sikit
alolololo...sayang dia sangat2

so seperti yang dijanjikan celebrate birthday Hfiy lewat sehari
sepatutnya 10 Feb 
ada event kat opis,,, umi suruh Hfiy join potong kek kat opis umi
Hfiy tak nak pulok
bawa pi makan kat KFC je 11 Feb tu
jadi lah
anak2 umi simple je...tak de kek pun tak pe
as long as...ada benda...macam umi or walid declare
ok,,, kita pi makan kat sini celebrate birthday
itu pun dah cukup...beritahu yang kita celebrate birthday
baca doa sikit dan makan
biasanya,,, celebrate birthday Hfiy kat kampung during CNY
since, this year CNY lambat sangat,,, kita celebrate birthday kita-kita ajer

jom lah layan gambar



birthday boy






dua gambar kat atas tu tiramisu dengan apa tah
dish baru dorang...sedap juga lah
dalam gambar macam besar
bila dapat jerrrr,,, eh!!! cinone je
dua2 tu pilihan anak2...layankan ajerrr

sebelum tu...tak ingat hari apa
cerita pasal duit yang worksite kita orang menang masa annual dinner hari tu
semua orang plan nak makan kat Kenny Rogers
so bual2 lah dengan walid pasal Kenny Rogers
then, tiba2 je
Aisy : umi, abang pernah makan kat Kenny Rogers tak?
walid : pernah lah
Aisy : abang rasa tak pernah lah walid
umi : ok,,, nanti kita makan kat Kenny Rogers ye
umi pun tak ingat pernah bawa ke tidak anak2 makan kat Kenny Rogers
sebab Kenny Rogers memang favorite umi
dari zaman umi belajar kat Shah Alam lagi
sanggup turun KL semata2 nak makan kat Kenny Rogers
budget anak orang kaya sangat kan???
padahal pun...belajar dengan duit PTPTN...huhuhu
aduhai...tak tau macamana susah cari duit kan
tu yang hambur duit sesuka hati
bila dah bercinta dan berkahwin dengan walid 
tak pernah dah makan Kenny Rogers
sebab walid tak suka makan
tak suka menu2 dia
walid just suka muffin sahaja
tapi, 
pernah gak lah sebenarnya makan kat Kenny Rogers lepas dah kahwin
first masa umi mengandungkan Aisy
cakap kat walid teringin sangat nak makan Kenny Rogers
mengandung kan...siapa berani nak halang?
benda yang boleh dimakan lah...benda yang tak boleh tetap tak boleh tau!!!
then, belanja ex - opismate masa umi nak berenti kerja tempat lama dulu
dan last sekali walid belanja umi masa anniversary yang ke - 10 kot

jadi, bila anak2 dah ajak...memang tak boleh untuk kata tak
takde duit pun akan usahakan untuk 'adakan' duit tu

jadi jomlah kita ke Kenny Rogers









suka tengok anak2 enjoy makan
umi dan walid pun happy gaks


tiba2 terselit gambar nih
ni lah bestfriend umi
kita orang kawan sejak dari sekolah menengah lagi
sampai sekarang
walaupun kita orang jarang kuar sama
tapi, kalau ke spa selalunya akan calling2
kalau free join lah sekali
memasing dah sibuk dengan kerja dan family

masa ni kita orang pi kenduri kahwin
adik kepada bff kita orang juga
biasalah,,, plan gitu gini
lastly, kita orang berdua yang muncul
yang lelain datang lambat
masing2 bawa family...mula2 tu risau juga lah
boleh ke walid berbual2 dengan hubby bf umi nih?
umi memang dah kenal lama dengan hubby dia
sejak dari dorang bercinta sampai la ni
dulu kalau umi balik dari Segamat dorang lah yang selalu tunggu umi
amik umi kat bus stand hantar umi balik rumah
tu yang kita orang rapat tu
kalau umi cuti mesti lepak2 dengan dorang
shopping lah...tengok wayang lah

ok...kawan umi ni memang mulut dia becok sikit
cakap pun main lepas je...hubby dia pun dia kutuk
hehehehehe...alhamdulillah lah,,, 
walid boleh berbual dengan hubby kawan umi tu
sebab kengkawan walid pun kengkawan dia juga
tu yang rancak berbual
bff umi kata : ok pass,,, lepas ni boleh ajak lepak sekali
kalau tak boleh berbual...tak boleh ajak lah lenkali
umi dengan bff umi,,, memang tak boleh jumpa
ada je benda yang kita orang nak bualkan
bff umi ni dia blur sikit sorry mas
bukan blur sangat lah...cuma dia ni tak suka nak simpan history
means citer pasal sekolah dulu2 dia dah tak ingat
dan dia dah lupa...alololo...setiap kali umi cerita
mesti kena cerita dari awal
aduhai,,, ko ni dah macam orang hilang ingatan pulak

ok lah dah banyak sangat membebel
later kita samung citer balik ye
ada banyak lagi gambar nak upload
harap korang jangan muntah ye tengok gambar2 nanti
dan jangan baca sambil menguap pulak
nanti I merajuk baru U tau
tata


Pilot Annual Dinner 2015

Assalammualaikum,

cerita dah lama dah lebih sebulan dah pun
baru la berkesempatan nak update
ada gambar yang dah diulang tayang
sorry lah ye...malas nak sorting balik

alhamdulillah...dah selesai Annual Dinner yang dinantikan
yang buat hidup umi tak tentu arah sebelum tu
bila dah selesai...fuh!!!  lega sangat...syukur kepada ALLAH 
kerana permudahkan semua urusan umi
walaupun mungkin ada yang kurang sana sini
tapi, untuk first timer macam kita orang
satu kejayaan besar...apatah lagi,,,
bila kita sendiri yang mengusahakan...rasa satu kepuasan yang tak terhingga
hurm,,,  umi buat semua sendiri???
tak mo ungkit...mungkin sebab umi cerewet kot
nak semua yang terbaik
jadi,,, tak pe lah umi buat sendiri
kalau suruh orang lain buat nanti umi tak puashati
tapi, serius dari urusan canopy,,, pilihan menu dan order makanan
sampai lah kepada lucky draw
umi yang buat dari A sampai Z
:)
tahniah untuk diri sendiri














malas nak buat caption untuk gambar
jadi korang layan je lah gambar ye
tak banyak gambar pun...ada few je yang umi amik
yang lain2 en trainee yang ambik gambar
dan malas lak nak upload dari camera dia
masa acara memang umi busy
agenda RTSO yang buat jadi, souvenir
hadiah semua umi yang susun atur
so kita orang kena berkabolirasi untuk menjayakan misi ini
huhuhuhu
dan yang bestnya mr director tak masuk campur dan cerewet
mungkin dah percaya dengan kita orang kot
kalau tak dulu...bila buat event,,, kita dah siap susun agenda
bila mr director sampai je terus kena ubah
erkkkk!!!  tak suka tau!!!

umi bersyukur sangat pada ALLAH
kerana memudahkan urusan umi
semua orang puashati dengan menu yang disediakan
boleh katakan semua makanan habis...syukur sangat
bukan tak cukup...tapi, bila habis event...makanan pun habis
memang senang sangat nak kemas
yang paling cepat habis mestilah Kambing
semua orang beratur nak amik kambing golek
umi tak makan pun masa event tu...terlalu penat kot
jadi tapau few untuk umi makan kat rumah
dan seronok bila acara dah habis
ramai2 clearkan food, kerusi dan meja
alhamdulillah...kami dikurniakan pilot2 yang rajin tolong kami mengemas
that day memang sampai rumah pun lewat
few days penat tak hilang
huhuhu
diharap next year kalau ada lagi event macam ni
akan buat yang lebih baik
dan mungkin akan buat lain sikit itu yang penting
insyaallah






Pening

Assalammualaikum,

konfius kan???
banyak kerja pening kepala
nak arrange kerja penting kepada yang tak berapa penting 
bila takde kerja pun pening
dah puas pusing keliling satu opis
tengok staff2 lain buat kerja
hahahahaha...macam pelik kan bunyinya bila umi takde kerja???
tak pernah kan???
tapi, umi tak lah cakap kat staf2 lain yang umi takde kerja
umi tak de kerja???
selalunya nak senyum pun tak sempat
tiba2 takde kerja lak
memang sorang pun tak percaya
dah list downkan dah to do list
ada kerja tapi, tak berapa nak penting
sangat2 tak penting
date meeting pun dah di postponed kan
hurm,,,,  ronggeng mak limah lah jawapnya

umi ni ada satu perangai yang pelik
kat rumah...especially, before tidur or tengah bersiap nak pergi kerja
mesti akan fikir "kerja apa yang umi nak buat hari ni???"
then, satu persatu kerja akan list down dengan sendirinya
pagi tadi did the same thing
tapi, list kerja tak keluar
biar benar nih???
cemas ???
ye lah 8jam nak duduk sesaja kat opis memang tak de lah
jadi, buat kerja dalam speed yang sangat2 slow
kalau bawa kereta tu dalam 30 ~ 40km / jam
boleh kena hon tak dengan orang belakang???
hehehehehe
bila mr supportee minta tolong buat kerja 
laju je tolong 'tiada bantahan'
kalau tidak tu "saya busy lah" "u tak nampak ke meja saya bersepah"
seribu satu macam alasan untuk elak buat kerja
tapi, tetap tolong juga pun

ha!!!  sebenarnya semalam petang update blog sampai part kat atas tu
lepas tu,,, tengok2 walid dah sampai
wehuuuuu...sukaaaaa,,, cepat2 kemas barang
saat yang paling best adalah pukul 5pm
kalau tak busy
kalau busy...'eh!!! kenapa cepat sangat dah pukul 5pm...ermmm'
apa nak bebel nih???
tiba2 takde idea
orait...
pagi ni ada meeting...open discussion sebenarnya
dengan client
hurm,,, umi tak join...kot lah
sebab more on operation part
jadi, pagi2 prepare meeting room je lah
letak air mineral...sweet sikit
nanti terus tapau food untuk lunch untuk semua orang
hurm,,,, nak makan apa ek???
fast food je kot
itu yang paling senang
tu je lah kot
umi tengah berusaha untuk upload gambar
nanti umi share kat blog ye

umi doa yang terbaik untuk semua
dan semoga dipermudahkan segala urusan
amin!!!
sayang korang semua...jumpa lagi
macam biasa nak order boleh sms or whatsapp
016 - 375 0094



sayang,
~ umi ~

20150311

Mood ~ Conpius

Assalammualaikum,

semangat nak update blog
mengadap mr lappy
jari-jari atas keyboard
dah susun jari kat huruf yang sepatutnya
satu saat...satu minit...5minit
sampai kesudah tak tau nak share apa kat sini
mood ~ entah apa apa-apa
banyak benda nak citer...banyak citer nak share
banyak gambar nak upload
tapi, tak tau nak mulakan dari mana
update yang meletop2 terakhir adalah pada february
lepas tu suram dan muram
wawawawa
terlalu sibuk dengan urusan dunia
syukur dengan rezeki yang ALLAH berikan
yang dapat dikongsi dengan semua
insyaallah

bagi umi sedikit masa lagi untuk umi dapatkan mood
bila mood dah mari
maka akan menarilah jari2 ni atas keyboard
semoga bermanfaat apa yang bakal dikongsikan
rindu nak bebel kat sini
rindu nak merapu kat sini
hahahaha
macam bukan umi kan???
umi ke ni???

umi sentiasa doa yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan
maaf ye...promosi dah berakhir
tapi, ada yang tanya awal2 March hari tu
alhamdulillah...umi lanjutkan lagi sehari dua
jadi, sekarang harga kembali kepada yang asal
hurm,,,
macam biasalah contact no. umi 016 - 375 0094
boleh sms / whatsapp


sayang,
~ umi ~





20150303

Hai....

Assalammualaikum,

Mode : Busy

umi doa yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan

doakan yang terbaik untuk umi, walid dan anak2 juga ye
sayang korang semua