Tadi call mak...mak puasa hari ni...puasa apa?...puasa pada 10Muharam...selalu umi missed n lupa puasa2 sunat...so ~ umi search info and credit to PakarHowTo.com sbb sudi share article nih dgn smua org...n yg paling best benarkan pembaca utk copy n share dgn org lain juga...
MENGAPA KITA PUASA PADA HARI ASYURA?
Sewaktu Nasi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Rasullullah SAW bertanya : Berpuasa apakah kamu ini?
Jawa mereka : Hari ini hari besar, pada hari ini ALLAH menyelamatkan Nabi MUsa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada ALLAH kerana itu kami pun berpuasa.
Sabda Nabi SAW : Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu
Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu. (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
Nabi SAW telah bersabda :
Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu (Musnad Baqi ibn Makhlad)
** Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasua'a (9 Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja **
Sabda Rasulullah SAW :
Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi (Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda :
Puasalah kamu pada hari Asyura dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi iaitu puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya : (HR Ahmad dan Al Baihaqy r.a)
APAKAH KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA?
1) Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda :
Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2) Daripada Abu Qatadah r.a berkata :
Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari Asyura (10Muharram). Baginda menjawab : Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu (Riwayat Imam Muslim)
3) Kata Ibnu Abbas r.a :
Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu hari Asyura (10Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)