20180315

Sembang Petang

Assalammualaikum,

Hai, everyone...busy dengan kerja???  hari ni result SPM keluar kan???  goodluck untuk semua pelajar2 dan ibubapa...apa yang direzekikan kepada anak kita adalah yang terbaik untuk mereka...Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...yang penting kita dah berusaha,,, hmmmm...it's hard kalau tak dapat apa yang diidamkan...macam Aisy masa dapat result UPSR dulu...tapi, kita semua redha...dan Allah dah anugerahkan Aisy sekolah yang terbaik untuk dia...alhamdulillah...Allah dah aturkan perjalanan yang indah untuk kita semua...

anyway, sebenarnya nak cerita pasal anak umi yang sorang nih...Hfiy,,, this year dia darjah lima ada exam UPKK (yang semua student kata senang) but, for him...umi risau juga,,, sebab prestasi Hfiy up and down...umi n walid kena cosentrate kat dia...macam last year contohnya,,, kami sibuk dengan Aisy...uruskan persekolahan Aisy,,  maklumlah Aisy baru dok hostel, pastu demam...pastu patah tangan sebab jatuh katil...memang last year sibuk dengan urusan Aisy sahaja...umi n walid tak hiraukan Hfiy (bukan abaikan) cuma bila nak exam kami just tanya "Adik dah baca buku" dia jawab "dah"...kita pun percaya je lah...ok...dia memang baca buku,,, tapi, dia tak faham dan even tak hafal pun...baru this year Hfiy reveal benda tu...patutlah result ke laut...

even Hfiy baru darjah 5 dan tahun depan nak exam UPSR & PSRA...umi dah get ready dengan dia punya notes untuk diniyah...tinggal nak prepare notes untuk darjah 6 pulak...learn from Aisy experience...kena prepare awal...even Aisy dulu prepare awal...awal tahun, even cuti sekolah akhir tahun pun dah start tuisyen...tapi, masih tak boleh score...jadi Hfiy ni kena lebih awal dari itu...tak peduli lah dengan plan sekolah dia...tak boleh ikut...now nak ikut kepala sendiri je...yang penting kejayaan anak2...next year Aisy pun ada PT3 Dini...huhu...tak tahulah macamana pulak formatnya...

now, umi nak citer pasal Hfiy punya performance this year...umi memang cosentrate dengan dia...Aisy dah form 2,,, dah boleh berdikari insyaallah...everyday akan suruh Hfiy buat latihan math...math memang dia lemah...BI and BM pun...BM penulisan dia...ya ampun,,, sedey tengok...tapi, masa dia nak UP1 aritu...umi tengok karangan dia dah getting better...alhamdulillah,,, syujud syukur...karangan BI pun dah start macam nak faham...dan masa dia nak UP1 tu,,, umi janji untuk setiap A yang dia dapat umi akan bagi satu KIT KAT (favorite dia) that's why kena umpan dia dengan favorite food dia...tp, kalau dia dapat C, dia pulak kena belikan umi KIT KAT...barulah ada cabaran di situ...

last Wednesday last day UP1...dan dah start dapat result dan dia dah kira berapa A dia dapat...senyum sampai telinga bila BM dapat A, BI penulisan A, BI pemahaman B, RBT A, math B mana yang dapat B di kira selamat lah umi tak perlu bagi KIT KAT dan Hfiy pun tak perlu bagi KIT KAT...dan tadi,,, walid bagi tau ada lagi 3subjek Hfiy dapat A...bayangkan berapa banyak KITA KAT dia dapat...kalau umi tau dengan KIT KAT dia boleh score A dah lama dah umi offer KIT KAT kat dia...walau kena beli 10 KIT KAT pun umi sanggup...

alhamdulillah...pengajarannya???  setiap anak punya potensi yang berbeza...dan setiap anak juga keperluannya berbeza...hmmmm...bukan kata nak 'rasuah' dia...tapi, lebih kepada reward...u buat baik u dapat baik...kalau untuk kebaikan tentulah boleh kan???  

'FIKIR YANG BAIK2...BUAT YANG BAIK2...INSYAALLAH DAPAT JUGA YANG BAIK2"

Happy Thursday guys,,, semoga hari ini dipermudahkan segala urusan dah hidup kita semua diberkati dan dirahmati olehNya...kepada yang berjaya dalam SPM...tahniah...kepada yang tak berapa berjaya, ini bukan pengakhirannya...ini adalah langkah pertama untuk seribu langkah yang akan datang...

See ya!!!






20180227

Pengisian Jiwa

Assalammualaikum,

Tajuk tak agak2 kan???...hmmm,,, pesanan untuk diri sendiri sebenarnya...isi jiwa yang kosong dengan ilmu...ilmu sekarang memang mudah nak cari...pi google...type je nak tau pasal apa...any kemusykilan boleh tanya kat professor dr. sheikh al - googely (kata2 pinjam dari Ustaz Jafri Abu Bakar Al - Mahmoodi)... hehe,,, antara ustaz yang umi selalu dengar ceramahnya di youtube...korang,,, boleh juga try2 search dan dengar ceramah ustaz nih...menarik, banyak ilmu dan pengisian...insyaallah

Tahun 2018 semoga menjadi tahun yang cemerlang untuk kita semua...tahun yang dimewahkan rezeki kita...dan dikurniakan kesihatan yang semakin baik...banyak perkara yang perlu di isi...bila umur semakin meningkat...hidup pun semakin singkat...bawak2lah bertaubat dan bertaqwa kepada Allah agar dapat memberi manfaat kepada orang lain juga...semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua dan memberikan rahmat kepada hambanya...amin!!!

ok,,, selamat menjalankan tugas harian dengan penuh bermanfaat,  dahulukan apa yang sepatutnya (kita sendiri tahu tentang ini)...agar dipermudahkan segala urusan setiap hari...

bubbye...jumpa lagi...



20180226

Sedang Cuba

Assalammualaikum,

Allahuakbar,,, dah lama sangat tak update blog...melawat blog pun dah jarang2...kekangan masa??? mungkin juga...eh!!!  ada lagi ke orang yang follow blog umi nih???...jangan nak perasan boleh tak???  diri sendiri je kot yang selalu datang bertandang...

Anyway, anyhow...kehidupan masih macam biasa...masih bersama keluarga tersayang...alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kurniakan umi, suami yang hebat... sentiasa menyayangi, sentiasa ada di sisi...sentiasa pinjamkan telinga untuk umi mengadu setiap kali balik kerja...sentiasa melayan kerenah isteri yang kengkadang entah apa2 nih...moody tak tentu pasal...syukur juga dikurniakan anak2 yang hebat...

Boleh tak???  boleh ke???  kalau lepas ni umi jadi rajin update blog...doakan ye...insyaallah...sayang korang semua...umi doakan yang terbaik untuk semua dan dipermudahkan segala urusan...amin!!!


20170827

Kenapa Aku?

Kenapa aku???
Kerana kau tak mengerti
Kerana kau tak pernah mengerti
Kerana kau tak akan mengerti
Kerana kau tak mungkin mengerti
Kerana kau tidak pernah akan mungkin mengerti

Mengapa aku???
Kerana aku sedang mengejar cinta ilahi
Kerana aku sedang mengejar cinta yang hakiki
Kerana aku sedang mengejar cinta yang abadi
Kerana aku sedang mengejar cinta di SANA nanti

Berhenti bertanya
kenapa aku...???  mengapa aku???
kerana kau tak perlu risau
kerana kau tak perlu gusar
aku masih...aku yang dulu

Dan jika kau tahu apa ku tahu
kau pasti mengerti
kau pasti akan berhenti
bertanya tentang
kenapa aku...mengapa aku...

20170529

Ramadhan Kareem

 السلام عليكم


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...belum terlambat kot untuk umi wish Ramadhan Kareem kepada semua...umi nak minta maaf kalau ada salah silap umi selama ini...semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang sempurna agar dapat meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini...bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua...bulan yang Allah janjikan pahala yang berlipat kali ganda...semoga kita dikurniakan lailatulqadar dan ibadat yang kita lakukan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ini...mana tahu kan ini Ramadhan kita yang terakhir...