20111206

Kesan Zikir Kepada OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat ALLAH, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang alin untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993, satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umah terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sakit Perut...

Bismillahhirrahmanirrahim...assalammualaikum,

Adeh, dari malam tadi sakit perut...perut kembung dan berangin...mcm belon...besar jek...angin tak mo kuar lak tu...dok urut2 pun...angin dok berpusing kat dlm perut...cuba utk lelapkan mata...tapi, sakit sgt...mmg tak leh tido lah...walid ada kelas lak tu mlm tadi...tinggal bertiga je dgn anak2...

Aisy gagah tunggu walid dia balik...siap call lagi...tp, walid baru abeh kelas...pukul 11.30mlm baru sampai umah...Hfiy n umi je yg masih berjaga...Aisy dah lena...tak larat nak tunggu walid...cian dia...bila walid gerak suruh masuk bilik...dia leh senyum n ckp : walid dah balik...Aisy masuk bilik terus lena...isk3...

Now ~ masih sakit perut lagi...angin masih berlegar2 kat dlm perut nih...erk!!! angin oh angin...tlg lah kuar dari perut umi...tak selesa lah...perut rasa pelik2 cam nih...huhuhu...

20111205

Badan tak Tentu Rasa...

Badan tiba2 rasa mcm tak sedap...
Have to telan ubat...before malarat...
adeh...dah dua tiga hari ni...
sakit satu badan...
letih lah...
tak sabar nak cuti weekend nih...
nak dok rehat...saja2 kat umah...
tak mo pi mana2...
tak mo layan sesapa pun...
nak tido...tido...tido...
bole ke...???

Cuti

Bismillahhirrahmanirrahim...assalammualaikum,
Bila cuti...mls nak on mr lappy
dan mls juga nak update blog...
Nanti lah kita citer2 ye...
now nak layan keje dulu...
mood monday blues yg malas2...

20111203

Diet Untuk Golongan Darah O

Dr. Peter J.D' Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi, Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seprti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri Khas Golongan Darah O

. Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

. Mudah mengadaptasi berbagai makanan

. Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

. Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayuran

. Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan :

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan Tengahari : Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba