20111031

~ Continue ~

Cerita dari seorang sahabat(continue...)

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada 3 kekuatan.

PERTAMA, KEKUATAN MINDA

Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi makluma (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

KEDUA, KEKUATAN HATI

Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik.

KETIGA, KUAT FIZIKAL

Pertama-tama, kalau badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalu pun ada ilmu dan iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik yang berjanggut tu. Pesannya memang baik untuk saya sampaikan.

No comments: