20111105

~ Angin Dalam Tubuh Badan ~

Since, hari tu umi kena serangan angin yang agak teruk aritu...sampai heartbeat laju, sesak nafas n berpeluh2...umi pun serve kat internet mengenai angin and want to share pada smua :

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atu sistem gastrointerstinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur. Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, bawang dan asparagus, buah pir, epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum. Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini dinasihatkan agar banyak minum air kosong dan kurangkan udara yang and sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih, elakkan mengunyah gula-gula getah, kurangkan merokok, dan jika anda mempunya gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya. Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

No comments: