20120313

Annoying

Pernah tak??? Bila pergi klinik...orang punyalah ramai...
tunggu giliran punyalah lama...
lepas dah register dan ambil nombor...sila duduk di ruang menunggu
menanti giliran untuk consultation bersama dengan doktor...
sambil menunggu sambil melihat skrin di televisyen
nama pesakit yang sedang dikonsultasi oleh doktor...
bila patient tu dah keluar...tunggu beberapa minit untuk giliran yang seterusnya
bunyi 'TING' dan skrin televisyen memaparkan nama patient yang perlu dikonsultasi
semua mata akan memandang ke arah skrin untuk melihat nama yang tertera
beberapa saat...tak de seorang pun yang bergerak...
"mana pulak patient ni pergi" rasanya semua orang akan berbisik perkara yang sama
beberapa saat lagi...doktor masih sabar menunggu dan kemudiannya 'TING' yang kedua
dan masih tiada siapa yang berganjak...
"hei!!! next je lah doktor...patient tu dah balik kot"
dan sehingga 'TING' yang ketiga...biasalah kalau pergi rumah orang pun
sampai salam yang ketiga kalau tiada sapa jawap...silalah balik...
sementelah itu juga (sila terima bahasa ini...sebab kontrol emosi marah)
seorang perempuan dok bising-bising "eh! nama anak kita lah bang"
dan terhegeh-hegeh bawa anak tu masuk jumpa doktor...
boleh tak macam tu???
memang umi nak maki hamun dia @#$%^&*!@#$%^&*
tapi, tak de lah maki dia macam tu...mulut nih je yang terkumat kamit dan buat muka tak puashati...
dan perempuan ni boleh pulak buat muka bodoh...macam tak rasa bersalah langsung...
wei!!! orang lain pun sakit...elert lah sikit...
tak kan lah nama anak sendiri pun tak ingat...
anak ada dua je (tapi, tak tau lah pulak kalau yang kat rumah tu ada lagi 20)
kita ni dah 1jam menunggu nak menahan sakit lagi (ceh!!! macam lah umi yang sakit)
dia boleh buat sambil lewa je...dia ingat orang lain tahu kot nama anak dia...
hish!!! annoying...

No comments: