20121022

Bulan Zulhijjah

Assalammualaikum,

Amalan puasa Bulan Zulhijjah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah di samping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa.  Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat malam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda : " Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai ALLAH di mana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijjah.  Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpana qiamullail setahun"

Diriwayatkan dan Ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabada : " Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah)" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW : "Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya" (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan An-Nasa'ie)


No comments: