20130702

Peringatan Bersama

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -- Abu Hurairah r.a

Fakta atau Autar..?
Benarkah susah menjadi wanita ISLAM.?

Teliti peraturan dibawah ini untuk muhasabah diri..

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah tetapi tidak sebaliknya bagi lelaki
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang amat berharga…

Barangan yang mahal harganya pasti akan dijaga rapi , dibelai dan di teliti selalu serta disimpan di tempat yang selamat dari pencerobohan dan gangguan.

Sebagai contoh mudah, kereta mahal berjenama seperti Ferari, Roll Royce, BMW, Mercedez.. pastinya kenderaan ini sentiasa terjaga bodynya supaya tidak calar, sentiasa bersih dan enjinnya juga tip top. Begitu juga benda yang kecil tapi mahal seperti intan permata tidak akan dibiarkan terserak di ruang tamu atau pun hanya di simpan di laci almari buruk, bukan?
Itulah perbandingan mudah diantara seorang muslimat yang baik dengan seorang perempuan jalanan. Bukan untuk menghina atau merendahkan martabat seorang wanita tetapi sebagai satu contoh nilaian harga sesuatu barangan..

1. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibunya seorang wanita?

2. Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima harta pusaka dan dia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

3. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid. Allahu Akbar..!! Maha Agungnya Allah

4. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan di pertanggungjawabkan dengan 4 golongan wanita ini iaitu Isterinya, Ibunya, Anak2 perempuannya, dan saudara perempuannya.

5. Seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini iaitu Suaminya, Ayahnya, Anak2 lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya cukup dengan 4 hanya syarat sahaja iaitu:
a. Menjaga Solat 5 waktu
b. Berpuasa di bulan Ramadhan
c. Taat kepada suaminya dan
d. Menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab nya kepada ALLAH, dia akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berperang di jalan Allah
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…Subhanallah demikian kasih sayangnya Allah kepada wanita. Adakah rugi dan sukarnya menjadi seorang muslimah yang baik?

Lihatlah .. ALLAH itu Maha Adil Lagi Maha Bijaksana mengatur setiap kejadian. Setiap apa yang berlaku adalah di bawah perancangan Allah dan semua ketetapan ini ada hikmah disebalik kejadian tersebut..

Jeteru itu, jadilah seorang muslimah yang baik dan bagi lelaki, jadilah seorang lelaki yang soleh.. Fikirkan,renungkan dan mari kita bersyukurlah di atas kejadian dan ketentuan Allah keatas makhluknya terutamanya makhlok yang bernama manusia..

Wallahualam


Credit to : FB Masjid Bandar Diraja Klang


No comments: