20140109

Kisah Anak2 Sekolah

Assalammualaikum,

sekarang ni setiap hari teruja nak ambik anak2 balik sekolah
seronok tengok muka anak2 setiap kali amik dorang
especially, Hfiy al-maklumlah Hfiy kan baru masuk darjah 1
setiap petang walid akan tanya "macamana sekolah hari ni?"
seronok tak sekolah???  ada homework ke?
hari ni makan apa? beli apa?
soalan2 yang biasa lah tu
dan after solat Maghrib sibuk melayan anak2 buat homework
Hfiy pun, boleh tahan banyak gak homework dia
dulu, masa Aisy darjah 1, tak pernah pun ada homework
ye lah, sekarang dorang dah tukar system
system PBS tentulah berbeza 
syllibus pun macam dah lain...hurm

conversation semalam 
Hfiy : umi, tadi kan aboy tak menulis pun
umi : kenapa?
Hfiy : aboy tak bawa buku latihan
umi : apsal tak bawa?
Hfiy : aboy ingat dah dapat buku teks dan buku aktiviti, tak payah bawa buku latihan
umi : cikgu marah tak?
Hfiy : tak
umi : adik sorang ke yang tak bawa buku?
Hfiy : budak lain pun ada juga

isk3...macam2 kan anak umi yang sorang nih???
hari tu dia terlupa bawa name tag dia
umi dan walid pun patah balik amik name tag
bagi name tag kat Aisy suruh pass kat Hfiy
"umi, abang punya bekal tertinggal" ha???
"tak pe umi, tak payah ambik...tapi, umi jangan cakap dengan walid ye"
ada2 jerrrr
that day, umi buat lempeng dan Aisy kata nak bawa bekal
umi dah siapkan dan letak atas meja
kalut2...terus tertinggal 

sekarang ni anak2 tidur awal
dah siap kerja sekolah
makan kudap-kudapan terus suruh dorang tidur
Hfiy nampak sangat dia penat
tak biasa lagi kot
nanti kalau dah biasa tentu ok
Aisy semenjak jadi pengawas ni
macam2 cerita dia bawa balik
macam tak berhenti bercakap
dia seronok kot jadi pengawas
Aisy kan anak sulung
anak sulung biasa terserlah sikap kepimpinan dia
harap2 jangan tau nak mengarah je
kena pimpin dan jaga adik2 juga
insyaallah


No comments: