20140528

Cuti Sekolah

Assalammualaikum,

Yahooo!!!  sekolah dah cuti
panjang seyh...2 1/2 minggu...hurm...
tapi, anak2 umi masih sekolah lagi
sampai hari Jumaat nih
dorang ganti untuk cuti Hari Raya 
bersiap sedialah ye...mungkin dorang cuti 2minggu 
hari raya nanti...raya sakan
jadi tak perlulah ganti sekolah hari sabtu
ngeh3...

apa aktiviti anak2 anda cuti sekolah ni???
kalau cuti semester pertama, umi bawa anak2 pergi opis
sebab ikut cakap dorang tak mo balik kampung
tak mo juga pergi daurah...taska pun dorang tak nak
jadi ok...bergilir2 dengan walid jaga anak2
tapi, macam tak praktikal
tau je lah...kalau kat opis...dengan computer
dengan game...sekejap je dorang baca buku 
selebihnya dorang main
memang depan mata umi,,, tapi, kan umi sibuk dengan kerja
jadi cuti semester kali ni...umi dan walid dah bincang
cuti 2minggu jadi kalau nak bawa pergi opis
memang susah sikit lah
jadi decide nak hantar dorang pergi daurah
kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
nak atau tak nak...kena pergi juga
at least kat program macam tu dorang boleh belajar
dorang boleh bergaul
jumpa kengkawan baru
kalau dok opis umi banyak main dari belajar
dan jumpa lak dengan orang2 yang dah tua kat opis ni
apa yang dorang boleh belajar kan???
dan seronok bila Aisy pergi masjid negeri Shah Alam
dia akan jumpa kengkawan daurah
pastu salam2...bual2...
bila umi tanya "sapa tu?"
"kawan daurah"
kan bagus tu...ramai kawan...macam walid 
pergi mana pun...semua kawan walid
kat kampung umi pun jumpa kawan walid
"eh!!!  ni kampung sapa ni?"
kat kampung walid umi tak jumpa pun kengkawan umi?


sekarang ni memang dah banyak syarikat2 atau pakar2 motivasi
buat program untuk anak2 sempena cuti sekolah
at least,,, ada aktiviti berfaedah untuk dorang
tak de lah membuang masa kan???
dan insyaallah...nawaitunya adalah untuk mengelakkan gejala sosial
hanya...kengkadang harga yang dikenakan agak tinggi
secara jujurnya...kalau RM200 seorang (untuk 2hari 1malam)
memang kami tak mampu
kalau anak sorang boleh lah kot...kalau anak dua...tiga...empat???
hurm,,,
tapi, rata2 memang harga yang ditawarkan biasanya RM300 dan keatas
itu aktiviti weekend...weekdays cam ne???

walau apa pun
setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak2
pilihlah aktiviti cuti sekolah di dalam kemampuan kita
dan anak2 perlu ingat
ibubapa sentiasa nak beri yang terbaik

anyway,
semoga hari yang indah ini akan menjadi hari terbaik untuk semua
dipermudahkan segala urusan
dan dikurniakan rezeki oleh ALLAH
amin!!!



No comments: