20140526

Weekend

Assalammualaikum,

salam monday
first of all nak cakap geram sangat kat Skuad Piala Thomas 
boleh buat jantung ku gugur
dari masa lawan Indon hari tu
hish!!!
what ever it is...semoga kekalahan ni menjadi iktibar
untuk pihak pengurusan
sesuatu tindakan perlu diambil untuk menangani masalah ini
jadikan Jepun sebagai satu contoh
memang bukan suatu perkara yang sekelip mata
tapi, jika dilihat kehebatan pemain badminton kita telah terbilang
sejak dulu lagi
kenapa tidak dikekalkan???
walid, anak2, umi dah semua family memang peminat tegar
skuad badminton Malaysia
walaupun umi macam dah give up
walid kata "umi ni takde semangat kesukanan lah...kalah ke menang mesti bagi sokongan"
gitu...

orait...sebenarnya last weekend penuh dengan aktiviti
sepatutnya that saturday Aisy ada camping kat Gombak
"Kem Alang Sedayu"
umi dan walid survey2 tempat tu kat website / blog / fb je lah pun
tanya kat en biras juga keadaan kem tu
walaupun ada air terjun, sungai dan umi macam tak berapa nak approve
tapi, kalau Aisy nak juga have to benarkan lah kan???
tunjuk redha depan Aisy...dalam hati???  berdoa sebanyak2nya
drama queen betul kan???
last minute Aisy kata tak nak pergi...fuh!!! alhamdulillah
bukan sbb umi pun...sbb bestfriend dia tak pegi
x kisah la sebab apa pun...yang penting Aisy tak pergi
sampai bila nak macam ni???
hurm...tengok tempat lah...kalau setakat pergi rombongan
tak overnight...approve
kalau nak overnight...kena tengok tempat
ahaks...

since, Saturday umi cuti
bukan selalu pun kan dapat saturday off
jadi jomlah kita selesaikan beberapa kerja yang dah few weeks terbengkalai
mula2 kita gi breakfast dulu...then, pi beli barang2 kesihatan
lepas tu kita pergi cari hadiah untuk ustazah Hfiy yang wedding dia semalam
dan cari juga hadiah untuk hari guru nanti
selesai semua kerja tu dah masuk lunch
jom lah kita ke rumah mak
sebelum tu calling2 kakak umi
makan tengahari kita order je kat kedai makan kakak umi
dah lama tak makan nasi ayam goreng dia yang yummy tu
sampai je kat rumah mak...eh!!!  mak takde kat umah
ada wedding jiran mak...hurm,,, tak pe lah len kali kita singgah ye
umi memang jarang beritahu mak kalau nak datang
suka wat suprise...dah jadi macam ni diri sendiri yang kena suprise
tak kisahlah bukan jauh pun
bila2 nanti boleh singgah lagi

lepas perut dah kenyang jom lah kita survey dulu rumah kenduri ustazah Hfiy tu
since, tak pernah pergi tempat tu
even tak familiar langsung jadi seharusnya kena survey
sebab nak pergi malam
kalau tak jumpa jalan nanti umi lak yang kena bebel
tak tau baca peta lah...semua walid nak kena buat la
drive walid...baca peta walid
tapi, kalau peta tu sendiri yang salah cam ne???
salah umi gak ke???
sabar je lah ye anak2 dengar walid membebel2
dah jumpa tempat tu...wow!!!  macam horror
kalau pi malam memang tak jumpa...sebab peta dia...memang sempoi giler
dan boleh membawa kesesatan kepada orang lain
on the way balik tu
kita orang ikut jalan lain...jalan dalam
lagi dekat...happy2...
terus umi bagi cadangan "kita pi beli kuih minum petang nak tak?"
"ok"
beli kuih muih kat tempat yang selalu budak2 opis beli
bebudak ni suka beli kat tempat ni sebab
ade awek cun...dan sorang staf umi dah 'terperasan'
yang awek tu awek dia...lantak korang lah
asalkan bahagia

balik rumah lepak2 sat
then, petang kita pi pasar malam lak
cari sayur2 dan prepare barang2 
untuk majlis sambutan hari guru kat sekolah anak2
malam lepas Maghrib gerak ke majlis kenduri kahwin
hurm,,, tak de gambar pun
entah kenapa sekarang malas sangat nak amik gambar
ustazah Hfiy...cute2 je
umi jumpa pun dia tengah make up kat dalam bilik pengantin
untuk majlis berinai kecik untuk malam tu kot
kita orang pi kenduri tu malam sebab sejuk sikit
hari Ahad ada lagi banyak kerja nak kena settle
dan,,, biasanya masakan untuk kenduri malam lain sikit
tak de lah asyik masakan yang sama kan?
rendang, sambal goreng, nasi minyak
masakan dia ok2 lah
lauk pun pelbagai jenis...kira oklah

hari Ahad lak...pegi cari barang Aisy untuk dibawa ke sekolah
anak2 umi ada sambutan hari guru
dan biasanya sekolah dia dah tetapkan pelajar2 kena bawa makanan
ikut kategori
macam Hfiy tahun 1 bawa ayam goreng
Aisy lak bawa snek or keropok
kita orang tak reti nak beli snek
jadi carilah keropok dan kerepek
belasah je lah
pelajar2 lain ada yang kena bawa air, bihun / mee goreng / spagethi / sosej / kentang goreng / nugget dan macam2 lagi lah
setiap tahun pun kita orang kena bawa lain2 makanan
kalau setakat nugget, ayam goreng tu boleh lah nak buat sendiri
kalau mee goreng ke, bihun or kuih2 have to lah order jerr

see...penatkan???
weekend yang penuh dengan aktiviti
what ever it is
semoga hari ni menjadi hari yang terindah untuk semua
menjadi hari yang terbaik
dan dipermudahkan segala urusan
amin!!!








No comments: