Assalammualaikum,
hai kawan2!!! dah lama tak update tentang produk NU - PREP TONGKAT ALI ni kan??? now umi nak share dengan semua rahsia Nu - Prep Tongkat Ali nih,,,
* Kebaikan Tongkat Ali *
Tongkat Ali memiliki keupayaan untuk menghalang dan mengawal penyakit am termasuk yang memudaratkan kesihatan bagi memperoleh keupayaan awet muda, bertenaga dan bersemangat biarpun dimamah usia. Setakat ini, kebaikan yang ditemui dalam akar mujarab ini hanyalah satu permulaan dalam dunia sains moden. Pelbagai kajian dan penyelidikan masih dijalankan oleh beberapa buah badan dan organisasi. Tongkat Ali menawarkan keseimbangan holistik dan meningkatkan semua aspek kehidupan sambil menikmati tahap kesihatan yang lebih meyegarkan.
Sejak beberapa tahun lagi, penilaian farmakologi ke atas pelbagai kompaun yang diekstrak daripada tumbuhan ini menunjukkan bahawa Tongkat Ali mempunyai keupayaan antimalari, antiulser, antihipertensi, antitumor, antiparasitik dan antipiretik. Ia didapati mengurangkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis dan merawat rinitis, lelah dan sakit perut.
1) Prestasi Kecergasan dan Stamina
Penggalak testosteron memberikan seseorang tenaga tambahan untuk terlibat dalam aktiviti sukan yang berpanjangan dan cepat mengembalikan kelesuan otot. Ekstrak Tongkat Ali meningkatkan kekuatan otot (dan saiz) dan terbukti sesuai untk program latihan kekuatan intensif. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pemerhati Suplemen dan Nutrisi Sukan Wicked, 50mg standard ekstrak larutan air Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) diberikan kepada 30orang atlet lelaki yang direkrut daripada sebuah acara berbasikal gunung selama 24jam. Hasilnya, ekstrak ini berjaya mengekalkan tahap kortisol pada kadar normal (rendah) dan testosteron (tinggi).. Keadaan testosteron yang tinggi dan kortisol yang rendah menggalakkan pemulihan rasa kelesuan dengan cepat semasa menjalani sukan ketahanan.
2) Meningkatkan Jisim Otot dan Cepat Membaikpulihkan Tisu
Tongkat Ali turut membantu meningkatkan jisim otot memandangkan ia berkemampuan untuk meningkatkan tahap testosteron. Atas kepentinga tersebut, Tongkat Ali sering menarik perhatian golongan bina badan dan penggiat kecergasan badan bagi menikmati tenaga tambahan. Dalam satu kajian yang dibentangkan pada Persidangan Sukan Antarabangsa Komenwel 2002 yang ke - 12, 6 lelaki (berusia 28 - 30tahun) diberikan 50mg ekstrak larutan air Tongkat Ali dan 300mg laktosa sebelum diminta untuk melakukan program latihan ketahanan intesif bagi satu tempoh masa tertentu. Keputusan yang diperolehi menunjukkan suplemen Tongkat Ali menambahkan jisim otot dan meningkatkan penghasilan lemak bebas sewaktu menjalani proram latihan rintangan
Tongkat Ali meningkatkan kadar tenaga dan kecergasan (Ismail, SB, 2012; Tambi, 2009). Satu kajian klinikal yang dijalankan di HUSM membuktikan bahawa berlaku peningkatan fungsi fizikal signifikan dan kecergasan yang ketara justeru menyokong kajian terawal oleh Prof. Ismail Tambi berhubung dengan perkara yang sama. Keputusan ini mempertahankan kegunaan Tongkat Ali sebagai tonik kesihatan dan tenaga. Walaupun tindakan mekanisme masih tidak jelas tetapi satu kajian yang dijalankan di bawah penyeliaan Universiti Kebangsaan Malaysia & FRIM oleh Azimahtol, H.L.P & Azizol, A.K (2001), mendapati bahawa ekstrak akueus E. Longifolia mempengaruhi peningkatan kadar cGMP dan cAMP (pengeluaran tenaga) ke atas korpus kavernus arnab.
3) Kaya dengan Agen Antiosida
Tongkat Ali merupakan sebuah agen antioksida yang kuat. Kajian yang dijalankan oleh Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Sains Bio - Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menemui kandungan SOD (Superoksida Dismutase) dalam Tongkat Ali iaitu enzim antioksida yang menghalang radikal bebas yang merbahaya kepada tubuh badan
4) Meningkatkan Kesihatan Reproduktif
Baru-baru ini, satu kajian retrospektif dijalankan ke atas 75orang lelaki dengan masalah ketidaksuburan idiopatik dan hasilnya menunjukkan bahawa rawatan dengan 200mg ekstrak air Tongkat Ali dalam sehari mampu memperbaiki kepekatan sperma dan sperma normal (sihat) masing-masing sebanyak 65% dan 95% (Tambi MIM, Kertas Imram MK, 2009)
5) Lelaki dan Kecergasan
Testosteron merupakan kejadian androgen semulajadi yang paling berpengaruh. Secara kimia, testosteron didapati membantu untuk mempromosikan kesihatan golongan lelaki dengan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Testosteron digunakan merawat hipogonadisme (fungsi gonad yang rendah di kalangan orang lelaki) dan kriptordisme (buah zakar yang gagal turun ke dalam skrotum). Tahukah anda bahawa kadar testosteran turun sejajar dengan peningkatan usia? Semua golongan lelaki akan mengalami penurunan kadar testosteron apabila meningkat usia. Sudah tentu ini merupakan proses penuaan semulajadi. Testosteron mencapai tahap tertinggi bermula dari akil baligh hinggalah ke usia 25tahun dan selepas 30tahun, tahap testosteron menurun secara progresif pada kadar sekitar 2% setiap tahun. Golongan lelaki dengan kekurangan testosteron mempamerkan simptom-simptom seperti stamina dan nafsu seks yang rendah, keletihan fizikal dan mental serta kelesuan. Penggunaan steroid dan ubat hormon yang lain membantu untuk meningkatkan tahap testosteron secara tiruan tetapi sebaliknya dengan Tongkat Ali. Tongkat Ali meningkatkan kadar horon lelaki tanpa semua kesan sampingan negatif. Nu Prep menggalakkan kadar penghasilan testosteron kepada kuantiti yang lebih tinggi secara beransur-ansur dengan menghantar isyarat kepada hipotalamus dan kelenjar pituitari.
dah tak de rahsia lagi!!! jadi jom order ramai2 NU - PREP TONGKAT ALI dengan segera, contact umi kat no. di bawah nih :
016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)
* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*
No comments:
Post a Comment