20140829

Nikmati Sepuasnya!!!

Assalammualaikum,

sekejap je dah hari Jumaat kan???
rasanya baru je hari selasa lepas budak2 opis pergi Bali
dan baru juga menikmati rasa aman damai
then, hari ni dah hari last menikmati suasana yang sunyi sepi
next week dah riuh rendah balik
hurm,,, nak rasa terus suasana cam ni boleh tak???
tak mungkin lah kot
sebab orang2 yang pergi tu semua tak reti nak duduk diam
tak reti nak cakap perlahan
tak reti juga nak control suara
kita orang yang 4orang yang tinggal ni
cakap lemah gemalai lah sangatttttt
kita orang pun kecoh2 juga
kecoh time makan...kecoh time rasa mengantuk
sekejap2 jer...selebihnya senyap duduk kosentrate buat kerja
tu yang rasa macam "wah!!!!! bestnya"
hahahaha
aduhai!!!  macam2 hal dorang2 yang tinggal nih
ade je bahan nak buat kita orang gelak
ada kak long kawasan lah
dan yang paling popular adalah ungkapan "kawan2"
bahahahaha...
adeh,,, memang kak long kawasan betul2 jadi bahan
macam2 cerita budak2 ni luahkan perasaan
selama ni masing2 memendam rasa
kalau ada pun dorang cerita kat group whatsapp lah kot
bila kak long kawasan tak de
masing2 cerita...dia macam tu lah...macam ni la
umi dengar dan tumpang gelak
lebih2 tu tak ler...nanti jadi hal lain pulak

seronoknya korang bahankan orang ye
orang tu dapat pahala
kita kat sini berbakul2 dosa 
nauzubillah
astagfirullah
"Ya ALLAH, ampunkan lah dosa ku"
dah terlanjur seronok mengumpat orang
udah2 le tu
kembali semula ke pangkal jalan

ok...sementara masih boleh menikmati suasana ni
nikmati sepuasnya


No comments: