20140919

Hai!!! Salam Jumaat

Assalammualaikum,

memang tak boleh nak mencuri masa
terlalu sibuk dengan urusan dunia
urusan dengan ALLAH???
waktu yang wajib...yang sunat belum mampu
untuk memenuhi kesemuanya
semoga dipermudahkan segalanya 
amin!!!

rutin harian masih macam biasa
belum ada yang luar biasa
hari tu je lah...cuti panjang yang tak dirancang
seronok dapat duduk rumah
memang best kan...bila dapat duduk rumah
kosentrate kemas rumah dengan anak2
masak dengan anak2...bila tengok
eh! anak umi dah besar dah pandai tolong umi kat dapur
memang jarang minta dorang tolong umi masak
kecik lagi pun kan???
tapi, bila tiba2 Aisy datang ke dapur
"umi, abang tolong umi masak ye?"
tapi, tolong pun perkara yang tak membahayakan dorang
dan mata tak lepas pandang
masih dan terlalu sangat memerlukan pemantauan
dan yang paling seronok bila anak2 excited dengan apa yang umi masak
"umi masak kari ayam???  wah!!! tak sabarnya nak makan"
terus kembang kempis hidung ni
rasa tak penat mengemas rumah dan memasak
huhuhu...the power of LOVE
dan yang sangat2 best bila dorang makan bertambah2
bukan sekali tapi, tiga kali...umi???  senyum tengok gelagat dorang

dan yang paling penting
bila dapat cuti dan menghabiskan masa di rumah
dapat memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH
masa ni lah...nak top up apa yang patut
nak mengadu domba segalanya...masa ni lah
dan umi rindu saat2 itu
best kan kalau dapat duduk kat rumah???
walid kata sehari boleh lah kalau nak rasa seronok
kalau dah berhari2...???
boleh kot...tapi, perlu ada aktiviti yang boleh menjana pendapatan
rezeki ALLAH kan ada kat mana2
rezeki ALLAH tu kan luas
hanya kita yang takut untuk meneroka
takut untuk mencuba
dan rasa kebergantungan kepada manusia
sedangkan ALLAH yang memberi kita rezeki
dan manusia selalu lupa pada hukum alam

selamat berhujung minggu
cuti sekolah seminggu bakal berakhir
anak2 pastinya akan sibuk semula dengan exam 
dan aktiviti sekolah...dah masuk penggal terakhir kan???
hurm,,, cepat betul masa berlalu
dah tak mampu mengejarnya
sedangkan diri semakin tua
umi doa yang terbaik untuk semua
dan semoga dipermudahkan segala urusan
thanks to customer yang sentiasa support
nanti umi akan up testimoni lagi
insyaallah,,, akan cuba mencari masa
promosi masih lagi berjalan...stok pun masih ada lagi
insyaallah
contact masih nombor yang sama
kalau ada pertukaran umi akan info
syukur pada rezeki yang ALLAH berikan
kemudahan yang dikurniakan dapat mempermudahkan segala urusan umi
semoga diri ini tidak leka dengan segala nikmat 

sampai ketemu lagi
bubbye!!!

No comments: