20120510

Diari

Assalammulaikum,

Korang semua pernah / suka tulis diari tak???
Umi suka sangat-sangat tulis diari...first time tulis diari masa umur umi 14tahun...
masa tu abg ipar umi bagi diari...sejak tu suka menulis diari...
dan setiap hari mesti akan tulis...apa-apa lah...
perasaan, perkara penting / tak penting yang berlaku, kena marah dengan mak / cikgu,
bergaduh dengan kengkawan...
even - budak lelaki yang umi minat senyum dengan umi pun, umi akan tulis dalam diari...
hahahaha...
seperti masa yang berlalu (ayat...tak boleh blah)
sama juga dengan gaya / cara penulisan umi dalam diari...
masa mula-mula tulis diari dulu...bahasa / ayat...skema gilerz...
dah lama-lama tu...barulah macam ok skit...meningkat remaja...
dan semakin dewasa...cuba bayangkan (sambil kerut-kerut dahi dan garu dagu)
dari umur umi 14 - 25 tahun umi tulis diari adalah lebih dari 10buah buku umi tulis...
dan diari tu tersimpan kemas dan rapi (masa tu lah)
bila ada masa (especially, bila cuti semester) umi akan baca balik semua diari tu...
then, gelak sorang-sorang...rasa bodoh pulak ada perasaan yang mengarut-ngarut macam tu...
bila cerita sedih dan ingat balik cerita tu akan menangis sensorang...
Bukan tu jek...barang-barang yang umi sayang pun umi simpan kat kalam diari ...
contoh macam, bunga yang budak lelaki bagi, kad (dari mamat yang umi suka),
even tiket bas (kes kuar dating dengan bf naik bas) pun umi akan simpan...duit RM1...
lawak kan???  tapi, itulah umi...suka simpan benda yang menserabutkan kepala...

Dan umi pernah berjanji dengan diri sendiri,,,
umi akan bakar semua diari umi sebelum umi nikah...
Bagi umi bila umi dah decide untuk berkahwin,,, umi perlu lupakan segala-galanya...
memori zaman sekolah...dengan semua ex bf (macam lah ramai sangat kan)
i am the new umi...dan walid kena terima umi yang baru...
my past is my history...tak perlu toleh ke belakang dan ungkit my history...
Apa yang umi tulis dalam diari adalah 'RAHSIA' yang umi tak pernah cerita pada orang lain...
hanya umi sorang je yang tahu apa yang umi rasa dan apa yang berlaku...
sebab tu diari tu di simpan di tempat rahsia dan berkunci rapi...
Dan seperti yang dijanjikan umi dah bakar semua diari tu pada hari Ahad
5hari sebelum hari umi nikah...mak pun pelik,,, tengok apa yang umi buat...
lama gak lah umi bakar sebab umi baca dulu sebelum umi bakar...

Selepas berkahwin umi dah tak tulis diari lagi...
sebab antara umi dan walid tiada lagi rahsia...tak perlu rahsia apa-apa pun...
even perasaan dan perkara yang berlaku tak payah 'hiding' dari walid...
umi tak cerita pun...walid tahu apa yang umi rasa...hmmmm...

Tak salah tulis diari...diari adalah salah satu medium untuk umi melepaskan apa yang terbuku di hati...
kadang-kadang kita rasa tiada orang yang kita boleh percayai untuk menyimpan rahsia kita...
dan diari lah tempat untuk kita meluahkan segala-galanya...
BLOG juga bukan diari...di blog umi tak boleh tulis segalanya...ada perkara yang umi perlu tapis
dan lapik untuk menjaga sensitiviti semua readers...
tapi, boleh dikategorikan tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...
walau apa cara sekalipun untuk kita luahkan perasaan, biarlah berpada dan menjaga perasaan orang lain...

No comments: