20120712

Cabaran

Assalammualaikum,

Untuk berubah menjadi insan yang lebih baik...
memang bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan...
azam perlu ditanamkan di dalam diri setiap hari...
beritahu dan simpan dalam hati untuk berubah...
bangun pagi dan beritahu diri sendiri untuk memperbaiki diri...
terkadang perlu berperang dengan diri sendiri...
bila apa yang kita fikirkan...apa yang kita inginkan...apa yang di dalam hati kita...
tidak selari dengan apa yang kita lakukan...

Dan perkara yang paling mencabar adalah apabila...orang di sekeliling kita mencabar kesabaran kita...
dalam pada kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik...
ada pulak orang yang menyiram api kemarahan pada kita...
masa itu adalah masa yang paling mencabar bagi umi...huh!!!

Jadi jom,,, kita share tips...

~ pertama sekali selalu mengingatkan diri sendiri apa yang kita mahu / matlamat
~ then, usaha perlu selari dan perlu konsisten...

~ carilah bahan-bahan bacaan yang boleh membantu kita untuk berusaha kearah itu...

~ berjumpa dengan orang yang boleh membantu kita untuk berubah...kalau hendak menjadi baik...carilah orang yang baik...

~ sentiasa berdoa dan meminta pada ALLAH agar ditetapkan hati kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik,,, kerana tanpa redha ALLAH...kita tidak akan berjaya...

~ berbaik sangka pada semua orang...buangkan sifat hasad dengki dan yang paling penting sentiasa memaafkan orang lain...

~ hargailah keluarga dan insan tersayang...juga orang di sekeliling kita...

insyaallah...amin!!!


No comments: