20130114

Dah Lega Sikit...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah...akhirnya, macam dah boleh bernafas dengan aman...
sangat banyak kerja dari pagi tadi...sambil makan sambil buat kerja...
sambil buat kerja sambil dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di youtube.com

Ok...umi nak share pasal sorang senior Aisy yang hari tu dikhabarkan nak tukar ke sekolah Tahfiz tahun nih...
Budak ni nama dia Danial...Danial ni peramah...selalu tegur umi dan walid...
hormat orang tua, hormat ustaz dan ustazah...kiranya budak yang baik lah...
tapi, kengkawan tak suka dengan dia...tak tau lah sebab apa...budak-budak...
pandangan mereka tentunya berbeza dengan orang tua (orang tua itu adalah saya)
so - first day sekolah hari tu...ALLAH takdirkan umi terserempak dengan mak dia...
jadi kami pun berbual lah...umi bukan seorang yang peramah...dan bukan juga seorang yang pandai berbual jika orang yang umi ajak berbual tu juga jenis yang berat mulut...
mak Danial ni boleh tahan peramahnya...dan umi seronok berbual dengan dia...sebab bukan semua orang yang peramah kita seronok nak berbual...
umi pun tanyalah pasal Danial...tak jadi tukar sekolah ke?...mak dia pun cerita...
"cuti sekolah hari tu dah hantar dia pergi kem untuk sekolah tahfiz...panjang akal dia,,, macam-macam dia bagi alasan...sakit perutlah...demamlah...terpijak pakulah....sebab tak nak masuk sekolah tahfiz tu..."
mak Danial memang nak Danial masuk sekolah tahfiz tu sebab result exam dia setiap tahun tidak begitu memberangsangkan...mak dia siap cakap "mak boleh tahu result UPSR kamu bila mak tengok result exam kamu dari darjah satu hingga darjah empat...kamu tak payah nak tipu mak"
mungkin terlalu marah dan geram sebab tu lah mak dia cakap macam tu...ibu mana yang tak nak anak dia berjaya kan???
dan mak Danial beri masa lagi setahun (2013) untuk Danial buktikan yang dia boleh berubah...marilah kita sama-sama doakan kejayaan anak ini ye...
disebalik kisah tu...abang Danial pun nakal macam dia juga...mak dia hantar sekolah tahfiz...dan sekarang dia sedang buat degree syariah dia universiti...sebab mak Danial nak hantar Danial ke sekolah tahfiz...dan umi ingat apa yang dia cakap
"kalau tak de 30juzuk Al-Quran dalam dada kamu...jangan harap kamu dapat belajar perkara lain dengan mudah"
Pengajarannya : jadikanlah Al-Quran peneman anda setiap masa...dan setiap ibubapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dia...anak-anak perlu faham dan terima selagi permintaan ibubapa itu tidak melanggar hukum hakam agama Islam...


No comments: