20130315

Berlapang Dada

Assalammualaikum,

Kalau nak dikira...dihitung...setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita...
ada je benda yang tak kena...
ada je benda yang kita tak puashati...
itu tak kena...itu tak puashati...
emosi???  tak usah nak cakaplah...
rasa nak marah...rasa nak memberontak...rasa nak mengamuk...
tapi, sebenarnya...kita ada dua pilihan...
samada untuk marah (negatif)...atau menerima dengan fikiran terbuka (positif)
mula-mula...i'm sure kebanyakan dari kita pasti akan memilih untuk MARAH...
bila emosi menguasai diri...jadi akan bermulalah perbalahan...
tuduh menuduh...maki hamun orang...sakit hati...
bergaduh...bermasam muka...lastly...berdendam...
itu jadi perkara lumrah...

Boleh tak mulai dari saat nih...kita ubah perangai buruk kita umi tu 
bila menghadapi sesuatu perkara (perkara yang membuatkan kita marah) kita cuba bermuhasabah diri...
berlapang dada...dan berfikiran positif...
bagaimana untuk berlapang dada???
Sentiasa fikir setiap perkara ada kebaikan...
sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH...jangan anggap perkara itu sebagai masalah...
tapi, anggap sesuatu perkara itu sebagai dugaan...
dan ALLAH tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk melaluinya...
semua itu kan sebagai kekuatan kepada diri kita...
sentiasa ingat ALLAH sentiasa bersama dengan kita...
ALLAH sentiasa bersama kita...
sentiasalah bertaubat dan bertakwa...kerana hikmahnya adalah
ALLAH akan mengampunkan dosa kita, memberikan kelapangan dan ketenangan pada kita
insyaallah...


No comments: