20130820

Salam

Assalammualaikum,

Apa yang umi peratikan...orang lelaki ni memang ringan tangan untuk bersalam kan???
jumpa orang tu...salam...jumpa orang ni salam...
walid kalau jumpa jiran-jiran mesti akan beri salam dan bersalam...
budak-budak kat opis ni pun sama...jumpa mesti salam...
padahal setiap hari berjumpa...
datang opis waktu pagi salam...petang nak balik pun salam..
tukar shift pun salam juga sebelum berpisah...dah jadi habit...
kan salam dapat mengugurkan dosa-dosa dari celah-celah jari...
betul ke???  betulkan kalau umi salah...
umi lak???  susah sikit nak hulur salam...hmmmm...
umi akan salam orang-orang tertentu sahaja...
itu pun yang kengkadang berjumpa...yang hari-hari...tak kan nak bersalam kan???
walaupun sebenarnya tak salah...
dan style orang pompuan sekarang salam laga-laga pipi...
dengan orang yang rapat sahaja lah...macam saudara mara...adik beradik...makcik...
sepupu perempuan...anak-anak saudara juga yang perempuan sahaja...
salam laga-laga pipi nih dah jadi habit masa belajar dulu...
kat kolej kalau nak balik cuti semester or weekend 
sebelum balik kampung mesti akan salam-salam laga-laga pipi...
pastu ada lak budak-budak lelaki yang nak join semangkuk...
hoi!!!  duduk jauh-jauh boleh tak???
jadi jom...kita jadikan habit memberi salam dan bersalaman...
lelaki dengan lelaki...perempuan dengan perempuan je tau!!!

No comments: