20131001

Tak Tahu

Assalammualaikum,

Tak de mood nak menulis apa-apa di sini...
semuanya hanya cerita-cerita sedih yang nak dikongsi...
mak masih di hospital dan tak pasti bila akan discharge...
masih menunggu setiap hari berita gembira...
namun masih hampa...akan terus menanti...
yang penting kesihatan mak...
doktor masih nak memantau dalam mencari jawapan 
kepada penyakit mak yang memang misteri...
apa yang pasti semuanya kerana stress...hmmmm...
mak memang stress sejak dari dulu lagi...
kesian mak...selalu mengambil serius setiap perkara...
dulu umi pun macam tu...sejak doktor kata 
"kalau kita berusaha macamana pun...kalau ALLAH kata tidak...means tidaklah..."
walid pun selalu pesan...usaha...doa dan tawakal...
serahkan semunaya pada ALLAH...
ALLAH yang akan tentukan semuanya...
tak nak lah fikir tak tentu hala lagi...stress!!!

Hari Sabtu lepas abah beritahu...anak sepupu umi accident...
isteri dia meninggal (menantu sepupu umi)...
dan semalam suami dia lak meninggal (anak sepupu umi)...
semua tu buat umi rasa depress sikit...umi tak boleh dengar berita-berita macam tu...
lemah semangat...hari Jumaat lepas pakcik walid pun dah kembali ke rahmatullah...
umi hanya mampu sedekah kan surah Al-Fatihah setiap kali teringat arwah-arwah...
semoga mereka tenang di sana...
dipermudahkan segala urusan mereka dan dicucuri rahmat ke atas roh-roh mereka...

p/s : sudilah kiranya pembaca rakan-rakan ku sekelian (yang beragama Islam) sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah saudara-mara umi...terima kasih...hanya ALLAH yang akan membalas segala kebaikan...insyaallah...amin!!!

No comments: