Assalammualaikum,
alhamdulillah
cuaca semakin hari semakin baik
jerebu pun dah semakin pulih
semuanya baik-baik sahaja
oh ya!!! umi tak citer langsung pun kan pasal anak-anak exam
nanti lah umi buat entry lain ye
la ni nak citer pasal kad kredit
atau kata lainnya kad hutang
dulu memang umi ada guna kad hutang ni
hurm
memang agak menyusahkan lah
salah guna kot
tu yang menyusahkan diri sendiri
"orang lain tak susah pun"
hehehehe
whatever lah
setiap orang punya pendapat yang tersendiri
jadi semua orang ada hak untuk buat apa sahaja
as long as tak menyusahkan orang lain
tadi, umi dapat call dari satu bank ni
dan ini bukan kali pertama umi dapat call
last year pun ada sekali dia offer benda yang sama
kad hutang ni lah
siap mention kad hutang yang dia offer tu
gold ke apa entah
platinum ke macam tu lah
untuk orang yang gaji RM8,000 ke RM10,000
"dah gaji aku tak sampai banyak tu...buat apa offer"
kan???
bila umi kata nak fikir dulu dia kata tak boleh
kena buat keputusan sekarang
kalau buat keputusan sekarang "saya tak minat lah"
senang kan???
itu citer tahun lepas
kali ni lain pulak citernya
offer gak kat hutang tapi, ada flexi credit lah
tak de committment fees, takde contract
kalau tak nak guna kad tu anytime boleh pulang balik
sekarang ni memang ko cakap macam ni lah kan
nanti kalau umi dah pakai, bila nak pulang balik
macam2 pulak kena bayar
hish!!! tak lah...tak nak dah
umi siap buat loud speaker
biar semua orang dengar
biar semua staff beware tentang benda nih
tak yah lah umi cakap bank apa
tapi, memang dah serik lah bab kad hutang
kemudahan pinjaman tunai lah
bila kita tak bayar dia blok semua akaun
itu memang lah kan sebab kita tak bayar
ada satu kes kawan umi tu lagi kesian
sebab LEWAT bayar...diulang LAMBAT bayar
sebab bukan dia tak nak bayar
tapi, majikan dia terlewat masukkan gaji dalam akaun dia
dia kan buat auto debit
sekian sekian tarikh terus je tolak duit dari akaun
tapi, bila duit tak de dalam akaun
tarikh pembayaran pulak dah sampai
terus akaun kena blok
nak masuk duit tak boleh ~ terus kena tolak je
nak keluar lagi lah kan???
tak de kompromi langsung
masa nak offer kita...perggghhhh,,, lembut na gigi dia
bila kita dah guna service dia
tak boleh salah sikit terus je dia buat tak tentu hala
sapa yang jadi mangsa???
jadi sebelum benda-benda ni berlaku lebih baik lah umi cakap je "TAK NAK!!!"
nak beli apa2 guna cash
baru lah kita tau yang kita ni ada duit ke tak
ha!!! pastu kan bila dia dah "bla...bla...bla..."
terus dia tanya "nak hantar ke alamat opis puan atau rumah puan?"
eh!!! aku tak cakap pun nak
umi terus cakap "maaf, saya tak berminat"
pastu tanya lak kenapa tak berminat
oh mak ai!!! sukahati lah kalau umi dah tak nak
tak kan nak paksa2
umi pun listkan lah beberapa alasan
dia tetap gak terangkan yang kad tu lain dari kad hutang
"credit card kan?"
kalau dah nama kad hutang sama je lah pun
aduhai!!! umi tekankan lagi sekali "saya tak nak...saya tak berminat"
"baiklah terima kasih"
terus si pari2 kata
dia ada guna kad hutang tu
tiap2 bulan bayar tapi, bila dapat statement dia tak tolak
see??? kan umi dah cakap
tak pasal2 menyusahkan orang kena pergi bank kena bawa statement
kena tunjuk bukti pembayaran
korang ingat takde kerja lain ke nak buat???
time nak blok orang nak blacklist kan orang
semua pun link...bank tu boleh link dengan bank ni
boleh link dengan kedai tu...dengan agen kemudahan kredit
dengan pengutip hutang dengan lawyer
semua boleh link
tapi, bila bab kita dah bayar
or
dah habis bayar tak lak link
pernah dah ada satu kes umi dah settle bayar
tiba2 dapat call dari penghutip hutang ni beritahu yang umi ada hutang lagi
alhamdulillah lah masa tu umi bijak
dah habis bayar hutang terus mintak release letter
umi fax je release letter tu kat pengutip hutang tu
tengok macamana dorang punya service
bab kutip hutang...laju-laju call, datang surat tu lah ini lah
bila dah habis bayar
dorang boleh lak tak tau
siap beritahu lagi yang kita masih berhutang
jadi kepada kengkawan yang masih ada loan
bila dah habis bayar jangan lupa minta
RELEASE LETTER tu
slip2 bayaran pun jangan lupa simpan
kalau tidak sampai mati kita tak abeh2 bayar hutang
sekian terima kasih
tu je khidmat nasihat untuk harini
teruskan senyum
semoga jadi hari yang terbaik dan terindah untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan
dan dipelihara oleh ALLAH
amin!!!
No comments:
Post a Comment