20140422

Citer Anak2

Assalammualaikum,

start abeh cuti hari tu...semester break bulan March 2014
anak2 umi sibuk dengan latihan amal islami
Aisy masuk pertandingan Hafazan dan Nasyid
Hfiy pulak masuk pertandingan Nasyid
adik masuk satu pertandingan je...alololo...ciannya
kalau kat rumah tu
Hfiy akan berlatih lagu Nasyid dan Aisy akan berlatih lagu Nasyid Aisy
persembahan nasyid untuk sekolah pun Aisy kena buat juga
Aisy memang suka busy2 macam tu
penat tengok dia

semalam adalah pertandingan Hafazan
means Aisy masuk bertanding
Aisy minta umi dan walid doa untuk dia
"selalu doa yang terbaik untuk anak2 umi"
umi pesan kat Hfiy "nanti jangan lupa sokong abang tau! bagi semangat kat abang!"
Hfiy : mana boleh Mi, abang rumah kuning adik rumah biru...tak boleh sokong abang
heh???
umi : tak pe lah...adik kena sokong abang juga
satu paksaan tu...
Hfiy : ok lah
tak tau lah ok dia...ya atau tidak...tak kisahlah...
memang nampak abang nervous
sebab dia peserta paling muda
dulu masa pertandingan azan pun Aisy paling muda
tapi, dah rezeki tetap menang juga
semalam petang masa balik sekolah Aisy cerita lah
"umi, tadikan ada tragedi..."
bunyi macam horror kan???
"Hafiy pengsan...kesian dia tak sempat habiskan dia punya Khutbah Jumaat"
walid dah gelak2 dah "ha??? Hafiy pengsan?"
"walid ni tak baik tau,,, dia buat2 pengsan kot...sebab dia tak hafal ke atau memang dia dah tak confident nak menang"
"tak tau lah Mi...tapi, tadi Hafiy memang tak sihat"
"abeh tu, Hafiy dapat ulang balik tak?"
"tak lah...dah dikira kalah dah"
alahai kesiannya...tak pe lah cuba lain tahun ye
mungkin Hafiy nervous kot
macam umi kalau nervous sampai nak muntah2
Aisy lak nervous dia akan jadi lapar
dan Hafiy (classmate Aisy) first time buat persembahan secara solo
mungkin dia terkejut kot semua mata tertumpu pada dia sorang
nervous terus pengsan...macam2
alhamdulillah...Aisy tak macam tu
masa pertandingan azan...relaks je dia atas stage tu
umi lak yang nervous sebab dia kena buat sorang2
tapi, dia kata asalkan umi dan walid ada 
dia bersemangat untuk buat persembahan kat atas pentas
masa tu dia baru je darjah 2
kira first time lah dia buat persembahan solo
oh ya!!! jangan silap faham ye...Hafiy tu classmate Aisy
musuh dia dalam pelajaran
ada 3orang dalam kelas Aisy yang berlumba2 
3orang ni kalau periksa bertukar2 nombor
no. 1 hingga 3 memang dorang 3orang ni je lah yang pegang
oh ya!!!  pertandingan dorang buat semalam dan hari ni
event nya weekend nih...jadi keputusan adalah pada hari kejadian nanti
tunggu je lah ye debarannya
hanya Nasyid je dorang buat live pada hari event
gitu lah cita pasal anak2 umi
hari event tu nanti rumah Aisy dan rumah Hfiy akan bersaing untuk Nasyid
tengok lah sapa yang menang
yang nasyid ni umi tak leh nak sokong mana2 
sebab anak2 pun bertanding sama
doa semoga dorang buat yang terbaik...insyaallah

No comments: