20140618

X - MEN

Assalammualaikum,

korang suka tak tengok movie sequel???  kita orang melayan juga
tapi, tak semua lah...citer Load Of The Ring, X - Men, Transformers
macam Iron Man dan Harry Potter bukan kegemaran kita orang

orait...masa cuti sekolah hari tu,,, tak tau nak bawa anak2 pergi mana
memang tak plan nak pergi holiday pun
since, birthday Aisy...umi dan walid pun bincang2 untuk buat suprise
hurm,  oleh kerana movie X - Men baru keluar 
(dah 2minggu pun sebenarnya masa kita orang tgk tu)
so - jomlah kita booking tiket
umi dan walid ni memang tipikal sikit lah
susah sangat nak try tempat baru...mesti kat tempat yang dah biasa pergi
dah biasa tengok
dari zaman bercinta sampailah dah beranak pinak ni
tengok wayang mesti kat TGV JJ BBK
tak pernah nye nak tengok kat tempat lain
setia sangat tu...

walid bukan seorang yang suka menunggu
tak suka rushing2 (sebab tak tau show pukul berapa)
juga bukan seorang yang suka nak beratur panjang-panjang 
lepas tu tiket dah habis
then, pening tak tau nak tengok citer apa
dipendekkan cerita umi tak kuasa nak dengar walid membebel
jadi berusahalah untuk membeli tiket secara online
sebelum ni minta tolong opismate guna credit card dia
tapi, sekarang dah boleh guna bank online
macam CIMB Click,,, Maybank2U, kalau korang ada akaun tu dah boleh lah tu
then, TGV akan email kan tiket pastu, korang print lah
senang kan???  memang sesuai untuk orang macam umi yang tak reti drive
yang suka online dan dihujung jari
lepas tu barang sampai depan pintu opis / rumah
dasar!!!

serius projek ni memang anak2 tak tau
masa bawa dorang keluar pun beritahu ada surprise je untuk dorang
hehehehe
mula-mula kita pi beli barang dulu
anak2 dah macam "apa benda surprise umi tu???"
"abang dan adik jangan lah harap surprise yang best2 sangat ye...surprise umi dan walid biasa2 aje...tak tau lah anak2 umi suka ke tak...tapi, ini je yang umi dah walid mampu untuk buat"

then, bawa dorang pergi makan
kita lepak2 kat food court kat situ dulu
semua diberi kebebasan untuk pilih makanan sendiri 
dan pi beli sendiri


Aisy makan nasi goreng pattaya apa ntah kenama
sepatutnya atas tu ada sambal
tapi, Aisy minta asingkan sambal...dah pandai request dah anak umi nih


Hfiy bab makan biasanya dia tau apa yang dia nak makan
Hfiy usya2 terus "adik nak bihun goreng"
sempoi lah dik
umi tak order apa2 pun
bila anak2 dah order sorang sepinggan
umi share je lah...kalau amik sorang sepinggan nanti tak habis lak




walid yang paling last sekali pilih makanan
sebab tak tau nak makan apa
walid makan maggi goreng tomyam kot
tak sedap...rasa dia agak pelik sikit
i kan tekak orang kampung

orait,,, kalau korang dah print out tiket yang TGV email tu
tak yah dah pergi kat kaunter box office untuk collect tiket
dah boleh terus masuk je 
tapi, sebelum tu jom kita beli popcorn

walid sibuk beli popcorn umi sibuk suruh anak2 post kat poster X - Men
haruslah kan???
ni birthday boy...dah besar kan???  tinggi je

Hfiy ni ikut mood dia...kalau mood dia ok memang dia suka amik gambar
kalau mood dia tak ok...cam ni lah gopher dia
entah mana2 ntah dia pandang...sabar je lah mak kau nih

alhamdulillah anak happy dengan surprise yang umi dan walid buat nih
masa tengok wayang tu...ada lak iklan transformer yang baru
transformers 5 ke apa...hurm,,,  
tapi, tak tengok kat wayang kot
sebab dah hampir sangat dengan bulan Ramadhan
prepare untuk Ramadhan ye

anyway,,, umi doa yang terbaik untuk semua
semoga dipermudahkan segala urusan hari ni
dan hidup diberkati oleh ALLAH

nak share kata2 ni
"kalau kita takut pada hantu...kita akan lari...kalau kita takut pada ALLAH...teruskan mendekati Dia"

No comments: