Assalammualaikum,
semua orang tau kot yang Aisy memang ada Asthma
sejak dari baby sampai sekarang...once a year mesti akan amik NEB
macam Hfiy lak...few times dah amik NEB
tapi, sejak dari baby sampai sekarang umi dia 7thn
baru 3 kali je kot macam tu dia kena serangan Asthma
tapi, tak teruk lah...light2 ajer
Hfiy ni jenis yang tak banyak berpantang makan
semua dia belasah...air sejuk...ais...ice cream semua dia makan
buah2an...tembikai, betik semua lah
mana yang orang2 sakit Asthma tak boleh makan (refer to Aisy)
dia dengan selambanya makan
jadi umi dan walid pun tak kisah sangat lah apa yang dia makan
walau pun sebenarnya before tu kita orang dah buat trial and error
tapi, kalau berlebihan kita orang akan nasihatkan dia
untuk amik air suam lebih
Aisy - ais, ice cream dan tembikai memang jarang sekali dapat makan
kesian kan???
tapi, sejak dia kerap minum ALIFAH KOPI HERBA ni
macam dah kuat sikitlah
itu pun masih dalam pemantauan lah
tak boleh ada apa yang berlebihan dalam kehidupan kita ni
bila dah berlebih mesti akan memudaratkan
jadi,,, ingatan untuk semua ye
makan seharusnya berpada2...walau makanan tu berkhasiat
sebenarnya,,, Hfiy demam sama hari dengan Tournament Taek Won Do tu
dia dah batuk2 (tapi, tak teruk sangat)
malam tu juga bawa dia pergi klinik before melarat
tapi, bila antibiotik (selepas 3hari) dah habis
hantar lagi sekali ke klinik yang sama
doktor advise untuk amik NEB...dia belum kena attack
tapi, worried kalau kena attack
refer kat history record, Hfiy pernah amik NEB
so ubat Hfiy sama dengan ubat yang Aisy selalu amik
ubat batuk, paru2...semuanya sama
Aisy kalau pergi klinik...dia akan dapat khas ubat dia
untuk orang yang ada Asthma...ubat batuk dia tak boleh yang biasa
orang yang ada Asthma tahu kot benda ni
oleh kerana Aisy dah biasa amik NEB
jadi, tolong adik handle benda nih...macam sweet je kan???
bila abang dan adik baik macam nih
sejuk perut mak kau nak...
abang memang sayang adik
adik pun sayang abang sebenarnya
tapi, selalu buli abang buat tu...buat nih
abang sayang adik...tak banyak cakap
tolong je lah pun apa yang adik suruh
kengkadang kena debik juga
dua-dua dah ada taek won do
umi suruh je dorang berlawan
yang peliknya bila dah suruh tak mo pulak
macam2 hal lah anak umi nih
anak2 umi yang dua orang nih...hari rabu lepas
sampai next week hari rabu juga kot
ada exam...so Hfiy dengan tak berapa sihat
kita orang paksa gak dia pergi sekolah
tapi, beristighfar lah banyak2
HFiy memang buat perangai setiap pagi
bangun pukul 6.45am
pukul 7.30am pun tak siap lagi
hangin tak???
setiap pagi kalau dah dengar umi membebel
dengan walid pun join semangkuk
walid punya marah...lagi teruk
jahanam dibuatnya
alahai...tiba2 rasa stress
Hfiy kalau buat perangai teruk sangat
dia macam tak faham yang kita marah dia
dan dia tak amik iktibar dengan apa yang dia dah buat
tau ke dia iktibar???
hish!!!
manja sangat kot
umi cakap dengan walid kena separate kan dorang punya sekolah
kalau sekolah lain2...dia boleh kot berdikari
dulu masa Pra sekolah...dia ok jer
tak de lah bermasalah sangat dengan sekola dia
now - every morning ada je benda yang dia buat kita marah
mengadu pasal ustazah dia lah
ustazah garang lah...pasal batuk pun jadi masalah
"nanti ustazah marah...kalau aboy mengaji lepas tu batuk2"
ko boleh terima tak alasan macam tu???
tak kan lah ustazah tak faham yang Hfiy tu tak sihat
tak kan lah dia nak marah pulak kot
adeh
lagi satu kalau dia tak hafal...pagi2 dah merengek
"umi, aboy tak hafal lagi"
pagi ni nak pergi sekolah
baru kau nak merengek tak hafal surah yang ustazah suruh
umi nak buat apa???
kalau malam tadi boleh lah juga umi paksa kau baca...adush!!!
tumbuk diri sendiri
lagi satu dia punya perangai yang tak boleh blah
kat kelas tahfiz, kalau dia tak dapat duduk dengan abang dia
dia punya berdrama...alololo
dari rumah sampai lah keluar kereta
muka sedih sangat...lepas tu hujan
itu memang tak de dah umi nak layan
abang, tolong settle
entah sampai bila lah dia nak bergantung harap dengan abang dia
abang dia bukan boleh buat apa pun
kalau tak hafal pun ustazah tetap marah
bukan abang boleh back up
hanya doa pada ALLAH yang mampu umi buat
nak marah selalu sangat karang...bukan umi je stress
dia pun stress sama...lagi susah
doa je lah yang baik2 untuk anak2 umi
dan umi doa juga untuk semua anak2 di luar sana
jadi anak yang baik
yang soleh dan solehah ye
boleh jadi saham kepada ibubapa di akhirat sana nanti