20141020

Percutian

Assalammualaikum,

selama hari Isnin
semoga hari ni menjadi hari yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan
amin!!!

pagi tadi
ayahanda dan bonda baru je balik dari bercuti kat rumah kita orang
cik k.ipar sila jangan jeles
hehehehe
ayahanda and bonda datang dari Khamis lepas
sepatutnya nak balik semalam
tapi, bonda mengayat ayahanda
dapat stay lagi satu malam
best3
so - pagi tadi bila anak2 nak pergi sekolah
salam dengan ayahanda and bonda
"hari ni tokyah n mamawan balik ye"
anak2 "ok"
ye lah tak redho pun kena redho juga
anak2 kena faham yang tokyah dan mamawan dorang busy


gambar ni masa baru sampai
lepak minum petang dulu kat restoran cik k. ipar
pastu baru lah gerak ke rumah kita orang pulak
seronok kalau bonda datang 
mesti bawa rendang...kali ni rendang daging
bertuah kan menantu yang sorang nih
sebab bonda mertua datang bawa makanan
just top up apa yang patut je
masak nasi dan buat sup suhun campur kentang
favorite ayahanda tu
senang je selera ayahanda 
kalau breakfast pulak buat lempeng
cicah dengan madu
hurm,  

ayahanda and bonda biasalah
bergurau pun boleh tahan tu
kengkadang sampai bonda merajuk lah
sebab ayahanda kuat sangat menyakat
kita orang ni lah yang selalu cool down kan dorang
hehehehe
anyway...anak2 seronok sebab tokyah dan mamawan dorang duduk lama kat rumah
kalau tidur sehari je...siap merajuk tu
sabar je lah

ok lah tu aje
oh ya!!!
cik k.ipar berkoloborasi dengan en biras
buka restoran baru
di alamat : 
RATU DELICACY
No. 21, Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13, 40000 Shah Alam

Landmark dia kat Masjid Seksyen 13 tu
kira opposite lah
dibuka setiap hari dari jam 8pagi hingga 8malam
masakan minang untuk mereka yang berselera kampung
nanti kalau umi dah try dan pergi restoran tu
umi akan citer dan promote kat sini
jangan lupa tau!!!
rugi kalau tak pergi

byeeeee

sayang, 
umi




No comments: