20150620

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!

Assalammualaikum,

Ramadhan Kareem ya Sahabat sekalian
alahai...dah berzaman kan tak update blog
tak tau lah kenapa...pemalas sangat lately nih untuk update blog
banyak sangat melayan perasaan 
macam2 perkara yang berlaku kebelakangan nih
ok...kita lupakan itu semua

rasa macam terlalu sekejap masa berlalu
tiba2 dah masuk Ramadhan...tiba2 ye
now sedang memupuk sikap 'menyambut' Ramadhan
instead of 'menyambut' Syawal
kerana Ramadhan yang perlu diraikan 
Syawal juga perlu diraikan...tapi, sehari cukuplah
tak perlu sebulan kot

setiap orang tentu ada azam setiap kali Ramadhan
ataupun kita panggil plan
dari menu sahur, menu berbuka puasa
solat terawih, qiamullail, majlis berbuka puasa
yang pastinya setiap dari kita mesti berazam dan menyimpan hasrat untuk melalui
Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum2 ini

kalau tahun lepas selalu skip bangun sahur
tahun ni berazam untuk bangun sahur setiap pagi
kalau tahun lepas setiap petang melawat bazar Ramadhan
semua bazar Ramadhan kita redah...cakap je kat mana
semua kita dah pi...kalau dah ke bazar tu tentulah ada pembaziran kan???
jadi tahun ni kita berazam untuk menyediakan juadah iftar di rumah untuk keluarga
hurm,,, itu lah yang terbaik...tapi, kalau tak boleh juga
boleh juga kalau kita berazam untuk tidak membazir
beli di bazar Ramadhan tapi, dengan kadar kemampuan perut kita
lagi apa???
terawikh pulak...kalau tahun lepas buat 8rakaat sahaja
apa kata tahun ni kita buat 20rakaat pulak
or kalau dulu kita bertarawih di rumah...tahun ni kita bertarawikh di masjid 
qiamullail...kalau tahun2 sebelum ni kita buat 10malam yang terakhir sahaja
apa kata tahun ni kita buat setiap malam bermula dari malam yang pertama
hurm,,,
Ramadhan umpama madrasah kepada umat Islam
Madrasah kepada perubahan kita selepas bulan Ramadhan
kalau semasa bulan Ramadhan kita banyak bersedekah
makan dan solat berjemaah, membaca Al - Quran, qiamullail
semoga pada 11bulan berikutnya kita akan istiqamah 
dalam melakukan ibadat seperti pada bulan Ramadhan
insyaallah
peringatan untuk diri sendiri juga

finally,
Bulan Ramadhan adalah anugerah daripada ALLAH
kerana di dalam nya terdapat seribu satu rahsia 
semoga kita semua mendapat keberkatan dari ALLAH
dan meningkatkan ibadat
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN"





sayang,
~ umi ~




No comments: