20111209

Cabaran Kedua

Oleh kerana ada seorang peminat cilik
yang selalu baca blog umi...
jadi walid pesan pada umi untuk tidak memaki hamun,
keluarkan perkataan lucah dan tak kutuk orang lain
di dalam blog umi...
setakat ni,,, umi rasa umi dah tak maki orang,
umi tak pernah gunakan perkataan yang lucah-lucah
dan kutuk orang lain tu...adalah sikit-sikit
bukan kutuk lah...itu macam mengingatkan diri sendiri
dan orang lain juga...supaya jangan berkelakuan
seperti apa yang umi ceritakan tu...
bukan niat umi nak kutuk atau nak buat fitnah...
jadi umi akan cuba sebaik mungkin untuk menulis
di dalam blog umi secara paling berhemah sekali...
(berhemah sangat lah umi nih...)
insyaallah...umi akan berubah ke arah yang lebih baik...
daripada tidak berubah langsung...
setiap teguran perlu diambil kira...
kalau ada yang baca blog umi dan cakap yang bukan-bukan tu...
minta maaflah ye...umi malas dah nak layan orang bodoh yang tak faham bahasa...
ops!!! terkasar pulak bahasa nih...
umi akan padam / 'delete' je...kalau dia seorang yang sangat-sangat gigih
mesti dia akan buat lagi kan...???
tapi, umi tahu sampai bila dia nak buat...
kecuali lah orang tu seorang yang memang kerja dia menghadap komputer
dan tak de buat kerja lain...selain mengganggu hidup orang lain...

No comments: