20111210

Cerita Pagi ini...

Bismillahhirrahmanirrahim...assalammualaikum,
Hari ni, hari Sabtu...
hari untuk bersenang lenang dan bersuka ria di ofis
sebelum masuk ofis pegi sarapan dulu
dengan walid n anak-anak...
sarapan di tempat biasa...
mee kari yang paling 'best' kat sini...
kat warung nih...mee kari dia je yang sedap...
nasi lemak, lempeng dan segala bagai
rasa dia agak menghampakan...
tapi, tak tahu kenapa walid masih boleh layan
makan kat sini...sebab suasana warung kampung agaknya...
walaupun kawasan berdekatan adalah kawasan perumahan
macam di bandar
tengah syok-syok minum...tiba-tiba walid macam terkejut...
umi tengok lah ke tempat yang walid tunjuk tu...
nampak asap merah je...
rupanya ada sebuah lori bawa tanah merah...
dah terbalik dan tergolek di tepi jalan tu...
pemandu yang tidak berhemah...
kalau jalan lurus dan bawa dalam kelajuan yang ditetapkan
mesti tidak jadi macam tu...
mesti kes nak cepat dan nak kejar 'trip'
more trip more money...
kita tak pernah ajar 'pilot' kita macam tu...
no urgent matter in delivery...
semua mesti ikut peraturan...
waktu rehat...kena berhenti rehat...
waktu tidur...mesti kena tidur...
dan memandu juga perlu ada had tertentu...
bukan 24jam memandu...atau 48jam memandu tanpa henti...
di sini 'pilot' hanya dibenarkan bekerja 14jam sahaja setiap satu perjalanan...
lebih daripada itu adalah satu kesalahan...
safety should be practice in all transport company...
kerana kami menjaga keselamatan jiwa...
kalau semua syarikat menjaga keselamatan jiwa (for transport company...)
umi rasa kemalangan dapat dielakkan...
insyaallah...

No comments: