20140219

Cuaca

Assalammualaikum,

sekarang ni cuaca sangat2 panas
memang serius panas
biasanya kita orang selalu keluar tapau nasi pukul 11am
masa tu tak panas sangat lagi
walaupun matahari dah keluar
tapi, kalau tengahari even nak keluar pergi toilet pun
mata tak boleh nak buka besar
silau dan panas dengan bahang matahari
jadi,,, umi dan walid selalu nasihatkan anak2 
supaya banyak minum air suam
memang bekalkan dorang air
jadi setiap petang mesti akan check botol air anak2
mesti kena kurang dari separuh
kalau lebih dari separuh
memang kena paksa dorang minum air suam
bila cuaca yang panas macam nih
kita akan lebih untuk amik air sejuk / ais
bila dah banyak minum ais,,, sejuk
tekak akan jadi lebih kering
itu lah yang akan menyebabkan batuk
bila dah batuk mesti selsema
ini teori umi lah
sebelum benda2 tu semua jadi
adalah lebih baik untuk kita mengelakkannya
banyak minum air suam, minum madu or amiklah supplement lain
kurangkan aktiviti luar jangan terlalu terdedah kepada matahari
pagi tadi keluar rumah
walid : eh!!!  jerebu lah
umi : ye ke jerebu...kabus lah
walid : mana ada kabus lagi sekarang nih
betul ke dah tak de kabus???
ada lagi...tapi, bukan kat sini lah
kat kawasan tinggi dan kawasan hutan
kalau waktu pagi tu kan
syoknya dapat tengok kabus
rasa sejuk je

jerebu datang dari mana ek???
banyak pembakaran hutan kot sekarang nih
kat T'ganu hari tu...dan kat Perlis juga
walid : abang, adik...jangan keluar sangat ye...duduk dalam kelas je
sayang, hari ni anak kita ada aktiviti luar
ada pendidikan jasmani
harap2 cikgu2 dorang dapat kurang kan aktiviti di luar
risau dengan kesihatan anak2
especially, Aisy...dia memang ada asma
tapi, cikgu2 Aisy tau pasal tu
semoga ALLAH melindungi anak2 kita semua
amin!!!



No comments: