20140227

Hindustan

Assalammualaikum,

malam tadi tidur lambat pukul 12.30am baru tidur
malam sebelum tu tidur awal 
entah apa benda ntah sibuk melayan citer hindustan
TV2 kan...setiap malam pukul 10pm ada movie
so semalam lepas tengok citer Bukan Kerana aku Tak Cinta
dah tak tau nak melayan apa tiba2 tengok kat info
citer Badshah...eh!!!  best gak citer nih
jom layan lah...mata pun tak berapa nak mengantuk sangat
umi pun dari dok melayan je
baik juga kalau umi buat kerja
konon semalam bawa balik lah kerja sikit
tiba2 calculator pulak tak bawa balik aduhai
terpaksalah pinjam hp walid
alhamdulillah calculator kat hp tu main tekan2 je
nombor pun besar hehehehe seronok pulak

umi dulu zaman sekolah memang tak suka tengok citer hindustan
hindustan dulu kan ganas...gaduh2, pastu tak habis2 pasal darjat
lagi hampeh polis dia semua jahat
tak de langsung polis yang baik
jadi umi lebih suka layan citer cina 
citer melayu pun kengkadang bila mak dah komplen 
"asyik tengok citer cina je"
barulah terhegeh2 cari citer melayu dulu pun tak banyak channel
yang paling gah pun TV3 jadi tak de pilihan langsung
lepas tu dapat boyfie yang suka citer omputih
stylo sangat lah konon kan
semua pun nak ikut taste boyfie
konon kalau banyak persamaan tu serasi lah...pui!!!

sampailah samung belajar kat Segamat
bila dah akhir2 dah nak grade gitu demam hindustan pun melanda
member2 dulu sibuk layan Dil To Pagal Hai (cam ni ke eja?)
umi boleh buat dek gi
penuh la bilik tv tu time ada citer2 hindustan nih
umi macam dah jadi pelik2
ada gak lah sorang dua member bilik yang layan gak

sejak bila suka tengok citer hindustan???
bila samung belajar kat Shah Alam
member umi ni lah pegi sewa CD citer Kuch-Kuch Hota Hai
"hotak hang lah...aku tak suka lah wei tengok hindustan"
"awak tengok dulu...citer ni best"
lepas dah tengok citer tu umi pulak yang dah addict dengan citer hindustan
tapi, tak semua lah yang umi suka layan
tak smua pun,,, melambak juga lah CD hindustan umi beli
dari tak de subtitle (mengarut kan tak de subtitle pun layan juga)
ko paham ke???
sampailah ada subtitle
macam2 lah cerita kebanyakan nya SRK lah
yang lain2 tak berapa nak layan sangat
tapi, sampai sekarang pun suka tengok pretty zinta
aduh!!!  comel betul tengok lesung pipit dia
masa mengandung kan Hfiy giler suka tengok pretty zinta
alololo...dapatlah sikit lesung pipit dia kat Hfiy

serius sejak citer Kuch2 Hota Hai
tak tau lah mana yang kuar dulu
ada yang kata Dil To Pagal Hai
ada yang kata Dilwale
tak kisahlah mana pun
yang penting sejak tu jarang lah ada adegan gaduh2 ni
tak de lah sangat citer pasal darjat2 ni
tak de juga citer pasal polis jahat
dah up sikit lah polis2 nih yang jahat2 semua dah kena sumbat dalam penjara
umi suka kalau citer2 macam tu
pastu ada lawak2 sikit...ada sedih2 sikit...pasal family
syok lah layan
tapi, lepas zaman khan2 ni berlalu
umi pun dah malas lah nak melayan lagi citer hindustan
dah tua ni syok pulak melayan drama melayu
i kan drama queen
tu namanya kena sumpahan
sumpahan mak namanya
dulu dok merungutkan kalau mak nak tengok drama melayu
sanggup tu beli tv sendiri (bila dah keje lah)
sebab nak melayan fav movie sendiri

tapi, sejak dah tua nih tak boleh dah nak tengok 
action movie especially yang suspen 
huh!!!  penah try tengok citer yang suspen heartbeat jadi laju lain macam 
tak yah lah tengok lagi nanti penyakit lain pulak yang datang
sekarang ni suka tengok drama yang relax2 je yang chill2
especially kalau dah nak masuk tidur kan
kena tengok drama yang happy ending
barulah boleh lena tidur
kalau tengok citer serem sebelum tidur
asyik teringat2 jer pastu lambat lah nak lena
hurm
dah panjang membebel nih
terima kasih kerana sudi membaca
bukan senang nak dapat idea tulis banyak2 cam nih
bubbye!!!






No comments: