20140429

Kerja...Kerja...Kerja...

Assalammualaikum,

hai...pekaba semua???
haha...syoknya umi cuti semalam
lepak2 kat rumah dengan anak2
anak2 cuti...sebab last Sunday ada program kat sekolah dorang
jadi malas nak fikir banyak sangat
jom lah kita cuti
umi pun dah lama tak cuti 
dan lepak dengan anak2
selalunya bila nak cuti jer
fikir kerja yang melambak kat opis
hurm...kerja sampai bila pun tak habis kan???
tawakal ajer lah
memang banyak kerja pun
tapi, nak chill2 je buat kerja
kalau tension2 nanti satu apa pun tak jadi kan???

oh ya!!!  semalam feeling2 macam suri rumah sepenuh masa
walid call dan tanya "seronok duduk rumah?"
soalan favorite walid tu
"seronok!"
"nak duduk rumah lagi?"
"nak"
"hantar lah notis"
"boleh ke?"
"gamble je"
hahahaha...sangat lah kan 
nak berhenti kerja kononnya
sehari dua...seminggu...sebulan boleh lah tahan dok rumah 
kalau dah bertahun...tak tau lah jadi apa
kalau dok rumah ada banyak kerja nak buat boleh kot
rumah besar yang hall dia sehari tak cukup nak kemas
halaman rumah yang boleh buat macam2 aktiviti
or ada anak kembar...kembar tiga ke
nak lah kot duduk rumah
tapi, ye ke???

semalam kat rumah umi sibuk mengemas baju
baju2 lama yang dah lama terperuk kat dalam kotak
umi bongkar balik
baju2 lama kat dalam almari yang dah tak boleh pakai
umi keluarkan
sorting balik baju anak2
mana yang boleh pakai tu umi pack 
nanti boleh lah sedekahkan
cakap pasal baju ni kan
tak tau lah...dah berapa kali mengemas pun
almari masih penuh lagi dengan baju
tak tau nak campak mana lagi dah
banyak sangat baju yang sayang nak bagi kat orang
hurm...barang yang kita sayang lah yang sepatutnya sedekah kat orang kan???
jadinya...baju yang tak boleh pakai tapi sayang nak bagi
kita letak kat dalam kotak
next time bila bongkar kotak tu mesti kita akan rasa nak bagi kat orang
daripada dok dalam kotak dan tak mendatangkan apa2 faedah
baik kita sedekahkan kan????
tu baju yang ada kat rumah

belum lagi baju yang kat rumah mak
hari tu tanya kat mak ada tak orang yang mak nak sedekah baju?
mak kata tak de lah rasanya
lepas tu mak ingatkan lah umi baju umi kat dalam almari mak tu
penuh satu almari baju umi jer...hurm
semalam umi pack baju2
ada dalam 5beg plastik 
dah pack elok2 letak kat hall
nanti senang masuk je dalam kotak
kita orang dah jumpa tempat untuk sedekah baju2 ni
tu yang laju je mengemas
walid balik petang semalam
check almari baju "kenapa masih banyak lagi baju ni?"
"macam tak surut je?"
tu lah dia masalah baju2 nih

tengah sibuk2 mengemas aisy dok sibuk tanya
"umi, hari ni umi tak masak ke?"
"umi dah masak dah...tinggal nak goreng ikan je"
ok...
umi mengemas dari pukul 9am sampai lah tengahari
kemas 3bilik sekali kemas 3almari baju sekali
"umi, kita tak makan tengahari ye?"
"makan,,, pukul 12.30 nanti kita makan"
anak2 umi nih memang dah biasa makan ikut jadual
jadi bila dia tengok umi tak masak tak hidang makanan
dorang macam eh!!! tak makan ke???
padahal bukan makan banyak sangat pun
dan umi akan biasakan or paksa anak2 untuk tidur siang
bagi umi tidur siang boleh recharge energy
semalam dorang minta nak tengok tv dulu
ok 1/2jam je...pastu kena tidur
lepas 1/2jam memang akan paksa dorang tutup tv
dan tidur...singa cakap...siapa boleh bantah kan???

petang semalam...entah kenapa tiba2 'ter rajin' pulak
umi buat kuih buah melaka
tengok kat peti sejuk ada buah melaka
kelapa parut pun ada (bonda bagi balik kampung hari tu)
tepung pun ada...jom lah buat kuih
anak2 semua tolong...cepat siap nya
dah siap semua tu "pegi mandi,,, solat sat lae walid balik"
nak buat surprise kat walid
then, pukul 6.30pm hegeh2 masak untuk makan malam

ha!!!  kan macam suri rumah sepenuh masa tu
kan???
praktis...praktis...praktis...

orait...nak kosentrate buat kerja
umi doa yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan semua urusan
dan dimurahkan rezeki olehNya
amin!!!







No comments: