20140414

Salam Isnin

Assalammualaikum,

nak letak tajuk apa kat entry pun dah termenung 5mt
lum lae nak membebel apa kat blog
hari ni nak cakap pasal apa???
pasal kerja???  pasal weekend???  pasal anak2???
or nak cari pasal???

kalau hari Isnin mood memang macam ke laut sikit
selalunya kalau dah hari ahad
mood macam dah tak berapa nak best
walid mesti akan ajak keluar walaupun hanya pusing2
nak pujuk hati sebab sok tu nak kena kerja
kalau umi hari ahad suka duduk rumah
sampai jemu sampai rasa macam nak muntah
lepas tu hari isnin tak sabar sangat nak keluar
walaupun hanya pergi kerja
tapi, walid muka dah macam tak boleh nak senyum
tahap gaban marah peringkat ke 8
sebelum jadi apa2...jomlah kita layankan ajerrr
tak pi mana2 pun pusing2 usya rumah
sekarang ni tengah pening memikirkan pilihan
tak tau nak pilih yang mana satu
ada pro and contra
finally, let go dua2 
hahahahhaa...baru betul!!!

harini start mr supportee takde yahoo!!!!!
tikus2 dah boleh keluar berkeliaran di sana sini
bagi umi,,, mr supportee ada ke...tak de ke...kerja tetap kena buat
kerja umi ni umpama cuti sehari
kena kerja seminggu baru boleh clear kerja yang umi cuti tu
ha!!!!! gamaknya...jadi jangan harap lah nak leka2 sangat buat kerja
sekarang ni every day buat 'TO DO LIST'
dan everyday renew list tu
tak suka kalau to do list berjela2
macam tak buat kerja langsung seharian tu
dulu to do list duduk kat dalam planner
pastu malas nak buka planner
buat kerja ikut suka hati tok nenek umi
sekarang to do list tepek kat kalendar meja
every second boleh nampak dan bila tengok selalu
muak lah pulak tengok to do list tak susut2
jadi boleh buat kerja ikut schedule
setiap hari kena pastikan to do list tu berkurangan
rasa puashati walaupun tak dapat clearkan semua

hurm,,,  esok ada meeting 
sepatutnya nak pi buat medical check up
meeting yang sepatutnya hari khamis dipercepatkan ke hari selasa
ikut suka dorang lah
jadi malas nak terkejar2...cancel kan lah medical check up
bila dah cancel tak tau lah nak buat bila
masing2 dah ada appointment
huhuhu

lagi nak bebel apa???
semalam kat rumah mengemas rumah
dari hari sabtu mencuci baju tak abeh2
hari jumaat tak cuci baju
jadi sabtu dan ahad habiskan masa cuci baju
anak2 dah besar walaupun kuantiti baju adalah sama
tapi, size baju dah agak besar
sebelum ni boleh run sekali je 
kali ni kena run dua kali
mana taknya seluar jeans Aisy dah dekat sama berat
dengan berat seluar jeans umi

oklah nak samung buat kerja
umi doa yang terbaik untuk semua
semoga dipermudahkan segala urusan
amin!!!






No comments: