20111031

~ Perkongsian ~

Cerita dari seorang sahabat :

Baru-baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dengan rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur, tiba-tiba pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama : Surah Al Fatihah ~ Selain penting untuk sah solat, ia juga ada doa minta bantuan ALLAH dan minta tunjuk jalan yang betul.

Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua : Surah Al-Ikhlas ~ Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat ALLAH itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga : Surah Al-Kafirun ~ Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik itu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.



No comments: