20120924

Kaunter Warga Emas

Assalammualaikum,

Kawan-kawan pernah hantar ibu bapa pergi hospital kerajaan tak???  tak kisahlah untuk rawatan emergency or for medical check up...umi sampai sekarang masih tak faham...apa fungsi 
KAUNTER WARGA EMAS...???
ok...situasi pertama...tahun lepas masa mak umi jatuh dan kepala berdarah...hurm...dah check kat klinik dan doktor kat klinik refer kat GH...first kita orang pergi daftar...bawa surat doktor...ok...itu satu hal...then, kena beratur untuk ambil no...ada dua kaunter...satu kaunter untuk orang awam (maybe untuk orang muda lah)...then, satu lagi...kaunter untuk warga emas...umi beratur kat kaunter orang awam / muda etc...panjang juga lah queue...bila walid sampai kat umi (after parking kereta)...umi suruh walid pergi kat kaunter warga emas...orang tu kata tak boleh sebab itu kaunter warga emas...walid pun cakaplah emak saya warga emas...dia tak bagi juga kita orang amik no. kat situ...dan apa guna surat dari doktor tu...kalau kita tak diberi keutamaan...kan???
situasi kedua...baru-baru ni umi temankan bonda untuk buat medical check up (monthly) juga di GH...selalu ayahanda yang amik nombor...oleh kerana ayahanda sibuk...so umi uruskan untuk amik nombor dll...last year...pun, umi pernah hantar (tanpa ayahanda) dan ayahanda suruh umi bagi KAD PESARA kat satu kaunter khas...dia kata tak boleh...u kena beratur juga untuk ambil nombor...ok...then, baru-baru nih...sampai GH agak lambat dari masa oppointment yang sebenar...beratur agak panjang ... jadi umi letak bonda kat tepi...umi beratur dan tunggu agak lama untuk ambil no. dan untuk daftar...the same thing...umi bagi kad pesara...dan kad check up bonda...tp, still tak dapat apa-apa previlages...tak kan lah orang tu tak tengok umur kat kad tu...dan tak kan lah tak tengok kad pesara tu...??? 

dapat??? dan faham tak situasi yang umi alami nih???

persoalan yang sentiasa bermain di minda : 

1)  Sebagai anak...tak kan lah kita nak biar emak bapa kita...or family kita pergi hospital sendiri kan???  mesti lah anak-anak temankan or hantar...anak-anak tentulah masih muda...tapi, patient yang kita bawa tu ... kan ke warga emas???

2)  Tak kan lah kita nak suruh mak bapak kita or warga emas ni beratur sendiri untuk ambil nombor...tak patut kan???

3)  Dalam keadaan hospital (tau je lah kan...hospital kerajaan) dengan ramai orang...sesak...beratur panjang tak kan nak bawa mak bapak kita beratur sekali masa ambil nombor dan tunjuk ini lah warga emas yang nak pergi check tu...

4)  Dan tak kan lah dorang tak tengok kat kad tu...dah cukup lengkap dengan umur...ada 'cop' KELUARGA PESARA lagi...apa lagi yang dorang nak sebagai bukti yang kita memang bawa warga emas...???

Umi rasa pihak yang berwajib perlu ambil berat dan jangan terlepas pandang situasi macam nih...
untuk apa kaunter warga emas...tapi, tak berfungsi dengan baik...???
umi faham keadaan di hospital...
sentiasa ramai orang...dengan kakitangan yang tak cukup...
kalau kaunter warga emas tu tak boleh memberi faedah kepada warga emas...
tak payah buat kaunter khas tu...layan semua orang sama rata...
siapa cepat...cepatlah dia dapat no...sapa lambat...lambat lah dia dapat no...
tak gitu???  ada tapi, macam tak de...
ada pun buat sakit hati buat apa kan???
lebih baik tak de...

Note : Terima kasih kepada hamba ALLAH yang telah membantu umi untuk mempercepatkan proses ambil no. hari tu...alhamdulillah...ALLAH hantar orang untuk bantu bonda...

No comments: