Assalammualaikum,
Entah kenapa tak suka guna term "OPEN HOUSE" untuk majlis kita orang last Friday...sebab bagi umi dan walid Open House...adalah jemput semua saudara mara dan kenalan...tapi, majlis kita orang last Friday agak istimewa only INVITED person dan tak ramai...orang-orang tertentu sahaja dijemput...
Kenapa??? hurm,,, ok...umi ada family yang besar...mak, abah, adik beradik, ipar duai anak-anak saudara dan menantu je jumlahnya lebih kurang 30orang...campur dengan adik beradik walid dan saudara mara terdekat...then, nak jemput juga jiran dan kenalan...??? dengan kapasiti rumah kita orang yang tak seberapa...tak boleh nak menampung semuanya dalam satu masa or dalam satu hari...tak boleh nak agak waktu dia orang datang or peak hour...untuk keselesaan...jadi...macam tu lah majlis yang kita orang buat...
One more thing,,, ni macam...kita orang praktis lah...kalau nak organize majlis yang lebih besar...larat ke tak larat??? insyaallah kalau ada rezeki dapat rumah yang lebih selesa untuk jemputan seramai 100orang...jadi macam dah boleh buat lah...gitu...
Sebenarnya, ok gak kalau buat majlis macam nih...at least,,, macam nak membiasakan diri dengan jiran tetangga...al-maklumlah kita orang ni baru je belajar-belajar nak berjiran...jadi bila raya macam ni lah,,, nak jemput jiran datang rumah...kot-kot ada yang malu ke nak datang rumah kita orang...jadi bila buat majlis macam nih...macam salam perkenalan lah...mana yang dah kenal...nak lebih mesra gitu...kita orang nih kalau dah balik rumah memang tak keluar dah...pintu rumah pun jarang buka...macam tak bercampur dengan jiranlah gamaknya...
dan lagi satu...selalunya...kalau orang nak datang rumah...barulah umi masak...sesiapa pun lah...adik beradik ke...saudara mara ke...masak je lah apa yang ada...kengkadang pening nak fikir kan menu...tak kan lah nak masak menu yang sama kan??? nanti anak-anak pun jemu nak makan...jadi, bila buat majlis macam nih...just fikir dua tiga menu...dengan desert...air dan buah sikit...dah cukup...jemputlah sesiapa pun...settle...
Ada pro and contranya OPEN HOUSE nih...ada yang kata bila buat majlis je baru nak datang beraya...kalau tak buat majlis, tak datang pun...yang penting niat kita untuk menjamu tetamu...perlu keikhlasan dengan niat untuk mengeratkan silaturrahim...mendekatkan yang jauh...tapi, kalau yang jauh tu memang dah tak nak dekat kita nak buat macamana kan??? semoga Syawal yang hanya tinggal beberapa hari ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya...tak semestinya raya je kita boleh kunjung mengunjung...hari lain pun boleh walaupun hanya bertanya khabar...bukan ke tetamu itu pembawa rezeki???
No comments:
Post a Comment