20121119

Cabaran

Assalammualaikum,

Untuk berubah memang memerlukan kekuatan yang sepenuhnya...
kerana tanpa kekuatan kita tak mungkin dapat untuk menghadapi cabaran yang datang...
dugaan yang ALLAH berikan adalah untuk menduga kesungguhan kita untuk berubah...
untuk menilai sejauh mana kita telah berubah...
serius...bukan satu perkara yang mudah...
kita akan jumpa dengan orang yang sombong...yang akan membuatkan kita terdetik dalam hati
"eh! sombongnya" atau "kau apahal sombong sangat nih?"
tapi, walid selalu pesan...sempena tahun baru (Khamis lepas)
tahun baru Islam...marilah sama-sama berubah kearah kebaikan...
berbaik sangkalah dengan semua orang...
orang lain memang akan cuba menyakitkan hati kita...
jadi kita hendaklah berfikiran positif...kalau kita rasa sakit hati...
kita yang akan sakit...orang yang sakitkan hati kita tak rasa apa pun...
malah dorang rasa menang sebab berjaya sakitkan hati kita...
azam umi???  selain daripada azam yang lain-lain tu (biarlah rahsia)
umi berazam untuk sentiasa tersenyum...pagi tadi dah praktis...
bukan satu perkara mudah untuk kelihatan sentiasa tersenyum...
sebab kalau kita senyum hanya di bibir...bukan dari hati hati...
tak akan nampak keikhlasan kita melemparkan senyuman...
jadi belajar untuk senyum dari hati agar...kita berjaya menyebarkan kebahagiaan pada orang lain..
senyum juga satu sedekah...tak perlu keluarkan duit atau harta benda untuk bersedekah...
SENYUM jer...jom mulai dari sekarang kita senyum...
senyum dari hati dengan penuh kasih sayang...

No comments: