20121213

Journal

Assalammualaikum,

Hai semua!!!  umi nak share sesuatu,,, yang mungkin memberi manfaat kepada semua...
JURNAL HARIAN...
pernah dengar tak jurnal harian???
apa kegunaannya...???  jom kita tengok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kepada mereka yang sedang ingin mencuba untuk berubah...mungkin tertanya-tanya apakah cara dan kaedah yang terbaik untuk anda berubah...
bukan sahaja berubah...
 tetapi, maintain...
 atau dalam erti kata lain dapat mengekalkan perubahan yang telah anda lakukan...

Ok...menurut Prof Muhaya...
kepada mereka yang hendak berubah anda digalakkan unuk membuat jurnal harian...
tak tahu caranya???...
orait...setiap malam...
atau setiap kali anda bangun pagi...
senaraikan semua perkara baik yang anda hendak lakukan hari ini...
atau perubahan yang anda hendak lakukan...

sebagai contoh :
 hari ni saya hendak memberi salam kepada semua orang Islam yang saya jumpa...
dan
hari ni saya nak menolong semua orang yang di dalam kesusahan...
dan
hari ni saya nak perbanyakkan berzikir
dan 
hari ni saya nak solat di awal waktu...
dan sebagainya...macam azam harianlah kiranya...sekarang ni tak kira awal tahun ke...tahun baru ke...kalau kita hendak berubah tak perlu tunggu...terus lakukan...perkara yang baik tak perlu ditangguhkan...



Ini antara contoh checklist yang boleh anda buat...buat senarai perkara-perkara tersebut...
ingat senarai yang anda telah lakukan...
dan tanamkan dalam diri anda akan membuat setiap perkara yang anda telah senaraikan...
sentiasa berazam untuk melakukannya...
dan setiap malam jangan lupa untuk menilai semula checklist anda...
jika anda telah melakukan dengan jayanya...nyatakan yang anda telah melakukannya...
dan teruskan menyenaraikan perkara tersebut walaupun and telah berjaya melakukannya...
jika ada perkara baru...terus senaraikan...
jika anda tidak berjaya melakukan perkara seperti di dalam senarai ulangi semula perkara berikut...dan begitulah seterusnya...beri masa sepenuhnya kepada diri anda untuk berubah...
anda pernah dengar tak...kalau sesuatu perkara itu kita lakukan selama 44hari berturut-turut...
ianya akan menjadi tabiat...???  lakukanlah dan insyaallah anda akan berubah...
jika seseorang itu bersungguh-sungguh hendak berubah...insyaallah tidak sampai 44hari anda akan dapat melakukannya...
berazamlah dengan semangat yang kuat...ALLAH sentiasa bersama kita dan menjaga kita...
jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAH...kerana hanya pada ALLAH kita meminta segala pertolongan...
jom!!!  kita buat sama-sama...semoga ianya memberi manfaat kepada semua insyaallah...
berubah demi kebaikan...

No comments: