20121205

Tips Keselamatan 2

Assalammualaikum,

Hai!!!  kengkawan...saya,,, duta keselamatan anda...!!!
boleh tak intro macam tu...sebenarnya...after Leadsafe Training...
umi kena buat leadsafe 4kali sebulan...
hmmmmm...umi ingat nak suggest kat safety manager tu...leadsafe online boleh tak???
ahaw...ini pun dikira leadsafe juga kan???



Bila tengok orang jatuh...rasa macam nak gelakkan orang tu tak???
rasa macam...apa daaa...jalan elok-elok tak boleh???
boleh tak lepas ni kita ubah perangai buruk tu???
kita backward sebelum orang tu jatuh...bila dah jatuh...perkara dah terjadi...kita dah tak boleh kawal...
sebab kita hanya boleh kawal input sahaja...iaitu UNSAFE ACT dan UNSAFE CONDITION...
maksudnya...bila kita terlihat seseorang itu melakukan perkara yang tidak selamat atau berisiko untuk berlaku kemalangan...trying to stop him / her...
begitu juga kalau kita lihat kawan kita tu dalam keadaan tidak selamat...cepat-cepat beritahu dia...
supaya kawan kita tu dapat keluar dari keadaan yang tidak selamat...

Jatuh : bunyinya macam simple kan???  alahai...jatuh sikit je tak de benda...tapi, sebenarnya...jatuh boleh menyebabkan kecederaan...bergantung kepada ketinggian seseorang tu jatuh...dan impaknya tentulah berbeza...mahu atau tidak pasti akan ada impak...sama ada kecederaan kecil atau besar...

Situasi pertama : Air bertakung di hadapan pintu bilik air...seseorang tergesa-gesa untuk masuk ke bilik air...
persoalannya...kalau kita nampak air bertakung...apa tindakan kita...???  tindakan refleksi ya...tindakan yang spontan...mesti kita akan cuba mengelak untuk memijak air tersebut betul tak???  ada tak orang yang intentionally untuk pijak air...tentu tidak kan...kalau kita pijak...mestilah kasut / seluar / kain kita akan basah...jadi kita cuba mengelak dari memijak air tersebut dengan cara melangkah dan mengelak dari terpijak air yang bertakung...dapat bayangkan tak???
That guy...yang tergesa-gesa tu...buat perkara yang sama...dia mengelak untuk memijak air tersebut...dia langkah air tu dan nasib tidak menyebelahinya...apabila dia tergelincir...lalu terjatuh...ops!!!  
dan tahu tak apa impaknya???  kaki dia patah...sebab dia jatuh di atas kaki dia...means kaki dibengkokkan dan badan terjatuh di atas kaki tersebut...

Sekarang ni...apa yang umi nak kaitkan adalah...kalau kita lihat air bertakung (UNSAFE CONDITION) kita tolong lap / mop supaya kita / orang lain tidak terjatuh...ok...kata lah...kita terlalu busy atau malu untuk mop atau lap lantai...panggil lah cleaner...minta dia tolong lap / mop kan...supaya tiada orang yang terjatuh...kerana kecederaan adalah costing ye...bukan nak berkira pasal duit...tapi, sebenarnya nak beritahu...untuk menjaga keselamatan memang memerlukan kita untuk mengeluarkan duit...tapi, jika tidak mengamalkan keselamatan dan berisiko untuk cedera...kita perlu lebih lagi untuk mengeluarkan duit...jadi fikirlah...sama seperti...PREVENTION IS BETTER THAN CURE...


No comments: