Assalammualaikum,
finally, belum mula tiba-tiba dah finally
last Sunday kita orang pergi ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus
setelah undian dibuat dan semua bersetuju untuk ke Masjid Negeri, Shah Alam
tahniah kerana berjaya menghadiri majlis ilmu
semangat menggunung nak keluar awal
tapi, biasalah perut I macam ada baby
tak boleh lapar
seharusnya makan nasi dulu sebelum pergi
kalau perut meragam nanti cam ne???
sampai kat masjid betul2 nak masuk azan Maghrib dah
kalau nak ke ceramah UAI mesti kena datang awal
kalau dah masuk Maghrib jawabnya silalah duduk dibarisan belakang sekali
dengan susah nak cari parking lagi
tapi, dengan berkat kesabaran dan niat yang baik
ALLAH permudahkan segalanya
alhamdulillah
tengok ramai ke tak ramai???
tengok berapa banyak screen ada?
memang banyak lah,,, kat dewan solat utama
kat dewan solat bawah
rasanya ada dalam 5skrin besar dan tak taulah berapa banyak tv
memang ramai sangat
tapi, audio tak berapa baik
jadi kena kosentrate betul2 baru dapat dengar
kalau ada budak2 yang bising macam nak "Hep!!!" je
tapi, teringat lak tak baik marah budak2
kat masjid lak tu
terus senyum dan tak jadi marah
tapi, buat mata macam buntang2 sikit
boleh ke umi buntangkan mata???
walau apa pun sentiasalah dahaga kan ilmu
sentiasalah cari peluang untuk menghadiri majlis ilmu
kalau tak sempat carilah kat dalam youtube
biar kita menguasai teknologi
jangan kita dikuasai oleh teknologi
teknologi digunakan untuk mencari ilmu
cari akhirat pasti dunia akan mengejar kita
insyaallah
No comments:
Post a Comment